in

“Lepas saya lalu diaorang gelak ramai-ramai” – Wanita Ceritakan Kena Gangguan Seksual Oleh Peserta-peserta Hero Remaja?

Seorang wanita mendedahkan pengalaman pahitnya ketika bersua dengan peserta-peserta Hero remaja, ketika itu dia berseorangan menunggu teman lelakinya dekat satu cafeteria kerana ada urusan lain.

Pada waktu itu, cafe tersebut dah nak tutup dan kelihatan peserta-peserta Hero Remaja ini berkerumun dan melihatnya dari jauh ketika dia dalam perjalanan untuk keluar dari bangunan itu. Semasa Fatin nak redah dari tempat sekumpulan lelaki itu…

 

Diaorang blocked laluan saya, bila dah dekat baru buka gap kecil. Lepas saya lalu, diaorang gelak ramai-ramai dah cat call saya dari belakang.”

Kata Fatin lagi, semasa dia dah nampak kumpulan sekali tersebut, dia perasan yang mereka dah perhatikannya dari jauh lagi. Ada dalam 10 lelaki kesemuanya dan dia seorang.

Malah, menurut Fatin, kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku kepadanya. Dia dapat tahu yang mereka semua tu peserta Hero Remaja apabila ada antara mereka sengaja nak proclaim diri mereka sebagai Hero Remaja.

 

Jom cafe dah nak tutup, hero remaja dah nak kluar” 

Bagi Farah, itu bukanlah ‘token’ untuk mereka dapat tarik perhatian wanita dan melakukan gangguan seksual sebegitu rupa dan ianya bukan satu perkara remeh untuk seorang wanita.

“Kalau perangai sekor sekor camtu tkpayah la nak fangirl sangat pasal laki melayu trash keding camtu. HERO REMAJA IS CANCELLED.”

Detik cemas gadis ini lalui yang dikongsikan melalui Twitter itu telah meraih hampir 11K perkongsian daripada netizem, rata-rata wanita marah dan bengang dengan sikap mereka kerana gunakan gelaran Hero Remaja itu untuk mereka ‘umpan’ orang.

Tambahnya, perkongsian ini bukanlah tujuan pemasaran program tersebut. Namun begitu, Fatin bersikap terbuka jika ada daripada mereka tampil untuk menjelaskan perkara sebenar kepadanya.

 

Baca : “Kalau tak dapat, saya reda” – Adik Syafiq Kyle Cuba Nasib Lagi, Hadir Uji Bakat Hero Remaja Kali Kedua!