in

Lepas Rogol Anak 623 Kali, Bapa Tak Setuju Dengan Hukuman Minta Kes Dikaji Semula

Stena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun lepas Malaysia dikejutkan dengan satu kes seorang bapa ditangkap kerana telah merogol dan meliwat anak perempuannya sebanyak 623 kali. Lelaki tersebut mula merogol anak perempuannya sejak dia bercerai pada 2015.

Hal ini hanya terbongkar selepas remaja perempuan tersebut memaklumkan kepada ibu ketika si bapa mahu mendapatkan hak penjagaan untuk dua orang lagi adik perempuannya.


Dijatuhkan hukuman 48 tahun penjara dan 24 sebatan

Menurut FMT, lelaki berusia 37 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama 48 tahun dan sebatan sebanyak 24 kali oleh Mahkamah Khas untuk Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya tahun lepas.

Hukuman dibuat di bawah Kanun Keseksaan, Kesalahan Seksual Terhadap Akta Kanak-kanak 2017 (SOACA) dan Akta Kanak-kanak 2016. Namun kes tersebut tidak berhenti di situ kerana lelaki itu nampaknya tidak berpuas hati dengan hukuman yang diterima. 

Msian Charged For Raping Daughter Over 600 Times Wants Case Review Over Defective Jail Sentence World Of Buzz 4
sumber: the straits times

Minta hukuman dikaji semula kerana ada ‘kecacatan’

Akan dipenjarakan hampir 50 tahun, lelaki bertopengkan binatang itu meminta hukumannya dikaji semula kerana mendakwa ia mempunyai ‘kecacatan’.

“Kami dimaklumkan yang semua pertuduhan tidak dibaca ke atas lelaki tersebut ketika dia mengaku bersalah sewaktu kes kedua disebut.” kata Rajesh Nagarajan, peguam kepada lelaki tersebut.

“Dia (pesalah) tak jumpa sesiapa sewaktu dalam tahanan dan mahkamah tidak bertanya jika dia mahukan peguam untuk membela diri.” 

Msian Charged For Raping Daughter Over 600 Times Wants Case Review Over Defective Jail Sentence World Of Buzz 5
sumber: the star

Hukuman tak patuh Kanun Prosedur Jenayah (CPC)

Peguam juga memberitahu hakim bahawa hukuman penjara yang dikenakan untuk 623 pertuduhan adalah tidak mematuhi Kanun Prosedur Jenayah. Pulak dah. Hakim kemudiannya meminta Rajesh mendapatkan rakaman mahkamah ketika lelaki tersebut mengaku bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan.

Pendengaran semula kes akan diteruskan pada 16 Mei nanti.

Dah mengaku bersalah tu ada hati lagi nak persoal keputusan mahkamah. Aiii admin geram je nak siku kepala lelaki ni. Bapak jenis apa macam ni!

Baca: Bapa Didakwa Rogol dan Liwat Anak Perempuan Berusia 15 Tahun Sebanyak 600 Kali

Gila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.