in

Lepas Maggi Malam Tular Pula ‘Loaded Nachos’, Netizen Puji Abang Ni Tak Kedekut Daging & Sos

loaded nachos chezos tak kedekut daging

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ini tular mengenai gerai Maggi Malam yang menjual mi segera dengan pelbagai topping di tepi jalan, kali ini muncul pula satu makanan viral yang menjadi kegilaan ramai iaitu ‘loaded nachos’.

nachos 2979802 1280

Asalnya makanan ini viral di US, yang mana pembeli boleh membawa apa-apa jenis keropok, tacos atau bekas berisi makanan ke trak penjual tersebut dan mereka akan mencampurkan ia dengan daging kisar, tomato dan sayuran lain dengan beberapa jenis sos homemade.


Video makanan loaded nachos dari flavorhivetruck ini mendapat perhatian ramai sehinggakan ada yang mula membawa idea makanan ini ke Malaysia.

@flavorhivetruck

Thank you @Selam & Emily for this video!

♬ Big Dawgs – Hanumankind & Kalmi

Artikel berkaitan: “FOMO ke memang lapar?” – Netizen Pertikai Orang Ramai Sanggup Beratur Demi Mi Segera Harga RM15

Artikel berkaitan: “Esok tambah lagi 10 kg ayam” – Peniaga Mi Segera Syukur Dikecam, Jualan 200 Bekas ‘Sold Out’

Penjual loaded nachos dipuji netizen 

Menerusi video yang dikongsikan KL Foodie, tular video memaparkan penjual loaded nachos di Klang ini yang dikatakan agak pemurah berbanding penjual yang lain.

Ini kerana dalam video itu, korang boleh lihat penjual ini menambah sejumlah daging dengan kadar yang banyak, tomato dan bawang serta bermacam jenis sos tanpa rasa kedekut.

@kl.foodie

Loaded Nachos ? Chezos ? Marisa Yong Tau Fu, 222 Jalan Sungai Bertih, Jalan Teluk Pulai, 41250 Klang, Selangor ⏰ 9pm – Sold out (Friday only)

♬ original sound – klfoodie – klfoodie

Harga bagi makanan tersebut pula bernilai RM10 dan sama seperti di US, pembeli boleh membawa keropok sendiri atau apa-apa bekas berisi makanan untuk dicampur dengan daging kisar dan ramuan lain.

Menurut video lain, ada yang terpaksa beratur selama tiga jam demi nak mencuba loaded nachos ni. Fuh lain macam! 

@boekktv

Loaded Chachos Viral kena beratur sampai 3 jam? Yang dah try cuba komen. Simpang 4 Sg Udang Klang #chachos #loadednachos #nachos

♬ original sound – boekktv – boekktv

Video berkenaan mendapat pujian netizen dan ada juga yang memberi komen positif selepas mencuba makanan viral itu baru-baru ini.

nachos loaded chezos viral

Fuh terliur pulak min tengok. Korang dah cuba ke? 

Sumber: TikTok (1) (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.