Orang selalu cakap ‘suami diuji saat memiliki segalanya’, ‘isteri diuji saat suami tiada apa-apa’. Saat suami tu tengah tak ada apa-apa isterilah orang yang harus beri dorongan semangat dan jadi tulang belakang untuk pastikan suaminya berjaya.
Tapi bila dah senang pantang ada duit sikit, terus lupakan semuanya, pada masa ni lah pasti akan ada perempuan tak guna yang cuba nak ‘mencelah’ untuk menggodanya dan ‘sailang’ kesenangan orang.
Kisah yang terjadi pada orang terdekat gadis yang dikenali sebagai Anakin ini pasti akan buatkan korang rasa panas hati.
Mula berkahwin pada tahun 2011
Pasangan ini telah menjalinkan hubungan sekitar lima ke enam tahun dan mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2011, wanita yang digelar sebagai Makcik ini telah membantu si suami membangunkan kerjaya sehinga dia memperoleh gaji sebanyak RM 10k sebulan.
Mereka dikurniakan cahaya mata, namun mengalamai masalah kulit sensitif yang begitu teruk, sepanjang mereka bersama, hanya Makcik sahaja yang uruskan semuanya.
Terpaksa tukar kerja kerana nak jaga anak sebab suami terlebih ‘sibuk’
Tapi ia bukan jadi satu masalah buat si suami memandangkan kewangannya begitu stabil, sampailah satu masa ni si suami nak mulakan semula hobi yang digemarinya sejak zaman Universiti iaitu bermain gitar.
Selepas waktu kerja dia akan luangkan masa jamming dengan band dia. Disebabkan itu, Makcik tak ada pilihan lain, terpaksa berhenti kerja shift dan cari kerja waktu pejabat semata-mata nak jaga anak sebab suami dah terlalu ‘sibuk’. Dasar selfish!
Makcik terpaksa korbankan sumber pendapatan kurang sekitar RM1,000 ke RM 2,000 daripada gaji asal. Dari sini bermulalah perubahan pada si suami.
Mula berubah, pentingkan hal lain daripada keluarga. Jual rumah, terpaksa sewa
Awal tahun lepas, si suami membuat keputusan untuk menjual rumahnya. Dari situ, Makcik dah mula perasan dia sudah mula berubah.
Sebelum ini si suami rajin juga luangkan masa hujung minggu bersama anak, tapi semenjak sertai band dia langsung tak ada masa bersama keluarga, alasan dia sebab sibuk dan nak jamming.
Dia juga seolah-oleh menyembunyikan sesuatu, kerap beri alasan. Kadang-kadang selalu tidur rumah ibunya kerana dekat dengan tempat kerja. Tahun lepas, hampir setiap hari dia tak balik rumah.
Sewa rumah kosong, janji nak penuhkan isi rumah tapi..
Makcik terpaksa tanggung kesemuanya, dengan keadaan anaknya yang sangat sensitif, kerja yang banyak dia turun berat badan kerana terlalu stress.
Semasa mereka jual rumah tersebut, mereka terpaksa menyewa buat sementara waktu, rumah kosong. Si suami janjikan segalanya untuk memastikan rumah itu sempurna. Tapi hasilnya serba serbi tak cukup!
Mula abaikan tanggungjawab, jadi kedekut, biarkan isteri tanggung beban & ceraikan melalui whatsapp!
Sampai satu masa si suami dah mula kedekut, tidak berikan nafkah, biarkan Makcik tanggung semuanya sementara si suami mempunyai gaji lumayan sibuk dengan life sendiri.
Dia langsung tak ambil inisiatif untuk luangkan masa bersama keluarga dan bantu Makcik, sebaliknya dia hanya lafazkan cerai melalui Whatsapp dengan alasan :
“I tak cukup bagus untuk U. U perfect. Boleh buat semua benda sendiri”
Si suami ada perempuan lain, siap bercuti dengannya ke Langkawi semasa hari ulang tahun. Hurmm masa ni ada masa pula?
Jual rumah, biarkan bekas isteri keseorangan di rumah sewa sementara si bekas suami sibuk merancang beli rumah baru yang lebih besar untuk si perempuan baru!
Bukan itu je, dalam ‘sibuk’ yang dikatakan itu, dia boleh meluangkan masa bersama keluarga perempuan baru, layan adiknya macam anak sendiri sementara anak kandung meraih kasih sayang bapa.
Janjikan RM 100,000 sebagai tuntutan, tapi cuma berikan nafkah yang kurang daripada modal asal. Biarpun sewa rumah dan kereta dibayar jumlah tanggungan anak hanya RM 700 sebulan, rawatan je dah RM 300, untuk nursery pula dah RM 500 dan itu paling murah.
Lebih teruk lagi perempuan baru itu adalah staff dia sendiri!
Mesej perempuan baru kepada bekas isteri
Tak dinafikan netizen geram bila baca kisah ni, ramai yang cadangkan untuk buat tuntutan dengan cara bayaran guaman namun kewangan Makcik tak stabil.
Hmm, kesiannya apa pun doakanlah agar semua dipermudahkan.
Baca: Lelaki Sanggup Ceraikan Isteri Talak 3 Kerana Bercinta Dengan Isteri Orang Mengaku Janda