Sewaktu arahan PKP dikeluarkan oleh kerajaan, ramai rakyat Malaysia ambil peluang ini untuk membuat aktiviti yang bermanfaat di rumah untuk mengurangkan penularan virus Covid-19. Ada yang cuba resipi baru, ada yang spend more time dengan family malah ada juga yang buat home makeover.
Macam yang berlaku dengan seorang pemuda ini, dia berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama tunangnya sewaktu PKP di Twitter dengan membuat persiapan rumah sebelum mereka berkahwin nanti.
Alhamdulilah sepanjang pkp ni aku and tunang berjaya siap kan rumah untuk kiteorang duduk lepas kawin nnti. Si dia mencari perabot and. Barang keperluan online, aku pulak buat kerja2 restore. Ni sebelum restoration pic.twitter.com/CQ68zMCn1J
— Ajai (@shahrizal5264) May 26, 2020
Kelihatan mereka bersungguh-sungguh membuat persiapan itu memandangkan kehidupan selepas berkahwin jauh lebih penting demi keselesaan bersama.
Melalui posting tersebut, mereka mengagihkan tugas dimana si lelaki akan membuat kerja-kerja restore manakala cik tunang akan mencari perabot dan barang keperluan secara online.
Dikhabarkan barang-barang rumah mereka daripada barang-barang yang dah dipakai dan ada juga yang baru.
“And finally after hunting barang used and some barang2 baru. Dah siap!”
Mereka bangga dengan hasil kerja yang mereka buat selama ni. Dalam membuat persiapan rumah, pasangan ini hanya memerlukan kos lebih kurang RM 2,000 untuk mendapatkan suasana rumah yang tenang dan cantik ini.
Katanya, ni baru fasa 1. Bayangkanlah kalau fasa 1 pun dah cantik macam ni, fasa-fasa seterusnya sumpah lagi lawa.
Ni lah yang dikatakan rumahku, syurgaku.
Pasangan ini hanya mendapatkan perabot dan barang keperluan rumah daripada beberapa kedai keperluan yang orang mampu untuk beli contohnya kat Shopee, Kaison dan banyak lagi. Barang-barang kat sini murah je kalau siapa pandai cari.
Dah lah jimat, lawa pulak rumah tu.
Rata-rata netizen memang cukup kagum dan bangga dengan usaha pasangan ini dalam membuat persiapan rumah mereka.
Yang penting after kahwin dah boleh stay di rumah sendiri
Terbaik bro
Husband material
Simple dan menenangkan untuk tinggal berdua
Apa yang pasangan ini harapkan ialah rumah yang tenang sewaktu mereka sampai rumah selepas balik daripada bekerja.
“What can we say our goal is a comfy home, that is waiting for us bila balik kerja”
Semoga pasangan ini dipermudahkan untuk melangsungkan perkahwinan nanti.
Admin jadi jeles tengok rumah diorang ni, lawa sangat!