Pada bulan Februari lalu, kumpulan K-Pop terkenal generasi kedua, BIGBANG telah mengumumkan mereka akan membuat ‘comeback’ lagu baharu menjelang musim bunga tahun ini.
Di samping itu, mereka juga telah mengumumkan bahawa salah seorang daripada ahli mereka, Choi Seung Hyun (T.O.P) telah menamatkan kontraknya bersama agensi, YG Entertainment. Pun begitu, bintang itu masih terus menjadi sebahagian daripada BIGBANG dan mengambil bahagian dalam rakaman single kumpulan yang akan datang.
Tapi korang V.I.P janganlah sedih T.O.P dah keluar…sebab ada satu berita baik untuk korang, oppa kita ni bakal lancarkan album solo yang pertama nanti!
T.O.P berkongsikan berita baik itu dalam satu wawancara bagi majalah ‘Prestige’ di Hong Kong sekaligus dia menjadi muka depan majalah itu bagi keluaran bulan Mac ini.
Satu kenyataan telah dimuat naik melalui perkongsian di laman Instagram majalah Prestige itu sendiri, @prestigehk. Ia telah ditulis dalam empat bahasa iaitu bahasa Korea, Jepun, Cina dan Inggeris.
Selain menggayakan muka depan majalah dan pengumuman tentang rancangannya untuk mengeluarkan album solo pertamanya, T.O.P juga telah berkongsikan pengalamannya sepanjang 5 tahun menyepi, bercuti panjang bagi meningkatkan kesihatan mentalnya.
“Dia (T.O.P) telah memecahkan kesunyian lima tahunnya serta kehilangannya daripada mata umum, dengan membuat satu temu bual eksklusif bersama majalah (Prestige) berkenaan cintanya terhadap seni dan muzik, semangat barunya untuk mengubah persepsi kesihatan mental dan rancangan masa depannya, termasuk pengeluaran album solo sulungnya.”- Prestige
Agak-agak macam mana lah genre lagu baru T.O.P kali ni nanti. Macam Doom Dada tak?
Sumber: Blog
Baca: Trending No. 1 Di Twitter, Ramai Teruja BIGBANG Nak Comeback!