Tak lama dulu, kisah rumah tangga Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada pernah menjadi perhatian dan ia dikatakan musnah gara-gara kehadiran orang ketiga iaitu Athira Yuhada.
Pasangan itu kemudian disahkan bercerai pada 27 Julai lalu selepas tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Pun begitu, baru-baru ini tular dakwaan yang mengatakan Hafidz bakal menamatkan zaman dudanya dengan Athira Yuhada selepas enam bulan bercerai pada hujung minggu ini.
Menurut laporan sebuah portal hiburan, perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 16 Disember ini di sebuah dewan yang bertempat di Selangor.
Menerusi kad undangan yang tular, tertera juga nama Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada bersama masa, lokasi dan tarikh majlis kahwin mereka.
Jadi apa pendapat korang? Betul ke tak Hafidz nak kahwin Athira ni?
Sumber: xtra