Jenayah seksual di India bukanlah satu perkara yang baru. Malah, rogol merupakan jenayah ke-4 paling biasa berlaku terhadap wanita di India menurut Laporan Biro Jenayah Negara.
Ini juga apa yang perlu dilalui oleh seorang wanita, Savita yang kini berusia 42 tahun selepas dia dirogol secara berkumpulan oleh dua orang lelaki ketika dia baru berusia 12 tahun.
Bukan sahaja dia telah dirogol, ekoran perbuatan tersebut, wanita ini juga turut hamil dan perlu melahirkan anak ketika baru berusia 13 tahun.
Namun begitu, anak lelaki yang dilahirkannya ini juga merupakan punca utama Savita dapat keadilan selepas 30 tahun. Jom baca kisahnya.
Dirogol pada tahun 1994
Pada tahun 1994, Savita yang berusia 12 tahun baru sahaja belajar menaiki basikal. Ketika ini dia masih bersekolah dan tinggal bersama kakak dan abang iparnya di daerah Shahjahanpur.
Bapanya yang merupakan seorang askar, ibunya dan enam adik-beradiknya yang lain pula tinggal di sebuah kampung di Hardoi.
Setiap petang selepas habis waktu persekolahan, Savita akan bersiar-siar di sekitar tempat tinggalnya menaiki basikal sambil diperhatikan oleh sekumpulan lelaki yang kerap gelak setiap kali lihat dia terjatuh.
Di antara lelaki dalam kumpulan itu termasuklah adik-beradik, Razi dan Hasan yang ketika itu berusia 20 dan 22 tahun.
Satu hari, ketika Savita tinggal seorang di rumah sementara kakak dan abang iparnya keluar bekerja. Razi dan Hasan didakwa telah memecah masuk ke dalam rumahnya.
Salah seorang dari mereka tutup mulut saya dan seorang lagi ikat kaki saya. Kemudian mereka rogol saya hampir 45 minit. Selepas dorang selesai, dorang buka semula ikatan dan beri amaran jika saya beritahu sesiapa, dorang akan bunuh kakak saya.”
Malangnya kejadian tersebut tidak berlaku hanya sekali, dua lelaki ini telah datang berkali-kali ke rumahnya ketika dia berseorangan selama lebih enam bulan.
Beberapa bulan selepas dirogol, Savita mula mendapat haid pertamanya. Selepas itu, dia tak pernah mendapat haid dan mula rasa tak sihat seperti tak boleh makan atau tidur.
Ekoran sering sakit-sakit, Savita terpaksa berhenti sekolah dan kakaknya mula hantar dia ke hospital selepas kanak-kanak ini pengsan beberapa kali.
Di sana, doktor sahkan yang dia hamil. Namun disebabkan usia kandungannya telah mencecah tiga bulan, dia mungkin tidak dapat diselamatkan sekiranya nak gugurkan kandungan.
Savita akhirnya terpaksa menceritakan apa yang berlaku kepada kakak dan abang iparnya. Walaupun doktor menasihatkan kakaknya untuk membuat laporan polis, mereka enggan buat dan telah pergi ke rumah ibu bapa Razi dan Hasan untuk beritahu apa yang berlaku.
Bapa dorang tak percayakan kami.”
Malam itu, Razi dan Hasan dikatakan telah datang ke rumah mereka dengan pistol sebelum memukul kakak dan abang ipar Savita dan mengugut untuk bunuh dan bakar rumah mereka jika beritahu sesiapa mengenai perkara ini.
Takut dengan ugutan yang diterima, mereka akhirnya tinggalkan tempat tersebut dan berpindah ke Rampur pada keesokan harinya. Kakak Savita juga tidak menceritakan perkara ini kepada ibu bapa mereka sehinggalah Savita perlu melahirkan anaknya enam bulan kemudian.
Dorang sangat malu. Ayah saya marah kerana saya dah rosakkan reputasinya dan ibu saya pesan supaya saya tak pulang ke kampung kerana orang kampung dah mula tahu tentang kandungan saya.”
Savita kemudiannya melahirkan anak yang dikandungnya itu pada usia 13 tahun dan tak pernah tahu nasib anaknya atau jantinanya.
Kakak saya pesan saya perlu lupakan perkara ni dan tak tanya perihal anak saya sebab nanti tak ada orang nak kahwin dengan saya.”
Maangnya disebabkan perkara ini, kakak Savita turut bercerai dengan suaminya selepas suami dan keluarganya tak mahu ada kena mengena dengan keluarga mereka.
Berkahwin dan bercerai
Selepas kejadian ini, Savita dan kakaknya terus tinggal di Rampur dan dia sempat menghabiskan sekolahnya. Sejurus selepas dia berusia 18 tahun, dia telah dikahwinkan dengan seorang lelaki.
Pada tahun 2002, Savita dikurniakan dengan seorang anak lelaki namun kebahagiannya terhenti bila suaminya dapat tahu mengenai kisah hitam yang berlaku pada tahun 2006.
Ekoran ini, Savita dan anak lelakinya yang baru berusia 4 tahun telah dihalau keluar. Dia terpaksa berpindah ke Lucknow dan menyewa rumah di sana dan mula membuat pelbagai kerja untuk menampung kehidupannya.
Kemudian, pada tahun 2007 dia telah didatangi oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di hadapan pintu rumahnya.
Saya tanya dia siapa. Dia cakap dia anak saya. Saya tak percaya dan mula menangis. Saya tak sangka saya dapat jumpa dengan anak saya semula.”
Anak lelakinya ini Raju mengatakan dia telah diberi kepada saudara Savita sendiri untuk dijadikan anak angkat sebelum mereka mula mendapat anak kandung dan mula melayan dia dengan teruk.
Apabila berita penceraian ibunya mula diketahui oleh penduduk kampung, ibu dan bapa angkatnya telah menghantar dia menaiki bas untuk pergi tinggal bersama ibu kandungnya.
Ketika ini Savita berusia 25 tahun dan dia telah bekerja dan menyambung pelajarannya dan mengambil degree politik.
Apabila Raju semakin besar, dia sering bertanya tentang perihal bapanya. Pada awalnya, Savita telah memukul anaknya itu dan meminta agak dia berhenti tanya tapi Raju mengugut untuk membunuh diri dan wanita ini terpaksa menceritakan perkara yang sebenar.
Raju kemudiannya memaksa ibunya untuk membuat laporan polis dan tak pedulikan cakap orang lain.
Tahun 2020, Savita akhirnya bersetuju. Dia dan Raju telah pergi ke Shahjahanapur dan pergi ke balai polis untuk membuat laporan.
Proses untuk dapat keadilan
Ketika Savita membuat laporan polis, pihak polis di Sadar Bazaar telah menolak permintaan wanita ini untuk membuat Laporan Maklumat Pertama (FIR).
Saya tak ada nama lelaki-lelaki tu, gambar mahu pun sebarang informasi. Polis katakan kes saya terlalu lama dan tak ada bukti.”
Disebabkan ini, Savita telah berjumpa dengan seorang peguam bela Mohammad Mukhtar Khan yang mengambil kesnya. Selepas berjaya mendapat perintah mahkamah, wanita ini berjaya membuat FIR terhadap dua lelaki yang tak dikenali.
Siasatan polis kemudiannya bermula namun apabila pihak polis pergi ke kampung tempat jenayah tersebut berlaku, dua suspek tersebut telah pun berpindah dan orang-orang di sana yang merupakan Muslim juga tak mahu bercakap dengan polis beragama Hindu.
Selepas 25 hari cuba mencari, mereka akhirnya mendapat tahu Razi dan Hasan kini berada di Shahjahanpur serta mempunyai perniagaan di sana.
Savita turut mendapat nombor telefon Razi dan dia telah membuat panggilan kepada lelaki tersebut.
A case that will increase respect for @Uppolice
Accused was hiding in Hyderabad since his DNA sample was taken..
UP: Born out of rape, son finds mother after 27 years, helps nab accused
https://t.co/qm2lRK4eeG pic.twitter.com/wuD8zbSLNr— Kanwardeep singh (@KanwardeepsTOI) August 4, 2022
Dia terus kenal saya dan cakap ‘oh kau masih hidup’, saya cakap saya masih hidup dan sekarang giliran dia untuk mati sebelum saya letak telefon.”
Wanita ini kemudiannya menyerahkan nombor tersebut kepada pihak polis. Walaupun pada awalnya mereka enggan bekerjasama, Razi dan Hasan akhirnya tiba ke balai polis namun pihak polis sukar untuk mengenalpasti sama ada mereka betul-betul orang yang dicari atau tidak.
Jun 2021, pihak polis telah mengambil sampel DNA dari Raju dari dua lelaki itu dan pada April 2022, laporan ujian tersebut mendedahkan bahawa DNA Hasan dapat dipadankan dengan Raju.
Kes ini kemudiannya menjadi lebih kuat namun dua adik beradik ini sempat melarikan diri sebelum berjaya dikesan di Hyderabad. Razi telah ditahan pada 3 Ogos manakala Hasan pada 10 Ogos.
Ketika membuat pengakuan, Razi mengatakan yang dia tak sangka kes ini akan dibuka selepas bertahun-tahun. Hasan juga turut mengaku bersalah.
Kedua-dua lelaki ini kini sedang ditahan dan peguam Savita berharap pihak polis akan dakwa mereka atas kesalahan merogol secara berkumpulan.
Savita turut menjelaskan bahawa dia mahu kisahnya ini diceritakan supaya dia boleh memberikan kekuatan kepada wanita lain untuk bersuara.
Nama mangsa dan anak telah ditukar bagi melindungi identiti mereka.
Sumber: Newslaundry, Times of India
Baca: Wanita Indonesia Dakwa Dirogol Lelaki Menyamar Jadi Pegawai Imigresen