in

Lepas 3 Kali Viral Buat Kecoh, ‘Inspektor Sheila’ Akhirnya Digantung Tugas

Inspektor Sheila Akhirnya Digantung Tugas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pegawai polis wanita iaitu ‘Inspektor Sheila’ yang beberapa kali videonya tular memarahi anggota polis bawahan dan orang awam, baru-baru ini sudah digantung tugas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pegawai polis wanita terbabit ditahan kerja sejak minggu lalu dan arahan itu berkuat kuasa sehingga proses siasatan ke atasnya selesai, lapor Harian Metro.


8 kertas siasatan dibuka

Menurutnya, terdapat dua kertas siasatan polis dibuka terhadapnya, masing-masing satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama.

“Rakaman percakapan juga sudah diambil pada 18 Jun lalu dan kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Pada masa sama, enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya pada sidang media.

Saifuddin Nasution 484762 2019071421282 536563 20190805074503 3196401 20230530070417

Difahamkan, enam kertas siasatan tatatertib oleh JIPS itu adalah berkaitan dengan beberapa video yang tular dalam kejadian di Taman Sri Gombak dan juga video tular pegawai itu bertengkar dengan orang awam, baru-baru ini.

Tambahnya, tindakan ini membuktikan pihak polis mempunyai kaedah dan mekanisme untuk menangani perilaku begini.

“Jadi kita biarkan pasukan polis mengguna pakai undang-undang,” katanya lagi.

3 kali viral buat kecoh

Terdahulu, tular mengenai pegawai polis wanita memarahi dan memalukan seorang pegawai polis berpangkat rendah yang sedang menjalankan tugas di medan selera Taman Sri Gombak.

Kemudian, tular pula rakaman kejadian pegawai wanita terbabit bergaduh mulut dengan orang awam akibat perebutan tapak parkir di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Walaupun telah ditahan untuk bantu siasatan, tular sekali lagi rakaman Inspektor Sheila yang memperlekehkan anggota bawahan di balai polis.

Baca: [VIDEO] Pegawai Polis Wanita Sekali Lagi Tular Perlekeh Lans Koperal, Kali Ini Video Dalam Balai Pula
Ft Pegawai Sheila Perlekeh Anggota Bawahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.