Ramai orang senang terhibur kalau tengok seorang anak kecil petah bercakap. Lagi-lagi kalau kanak-kanak bangsa asing petah bercakap bahasa kita.
Ada satu video yang buat ramai netizen tersengih tengok kepetahan dua beradik berbangsa Nigeria petah bercakap Bahasa Melayu. Korang boleh dengar dan tengok sendiri video yang admin cakap tu dari tweet @aliffshanusi kat bawah ni.
Lancar sungguh, macam dak pekan gayanya. pic.twitter.com/jo3BXFMygp
— ? (@aliffshanusi) January 11, 2021
Lembut je cara bercakap
Menerusi tweet ini dan beberapa lagi komen netizen, dua beradik ni tinggal dekat Kuantan, Pahang. Tak pasti pulak admin dari mana dua beradik ni belajar cakap BM.
Dia punya ‘jerr’ tu paling win. Tersengih admin tengok video tu sorang-sorang kat rumah time PKP ni.
Lembut cara dia bercakap. Mungkin hasil didikan ibubapa yang mementingkan adab dan sopan dalam pertuturan. Itu yang buat dorang bercakap lembut-lembut tu.
Mungkin bila anak-anak warga asing ni bersekolah dan bersosial dengan anak-anak muda tempatan buatkan dorang fasih. Kalau dah boleh cakap loghat negeri tu memang level lain dah tu.