in

Lelaki Warga Emas Cedera Dibelasah Pemuda ‘Baran’ Gara-gara Tak Bagi Signal

Warga Emas Dibelasah Tak Bagi Signal

Seorang warga emas berusia 73 tahun mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas dibelasah oleh seorang pemuda dalam kejadian di Taman Tasik Puchong Prima pada Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, warga emas diserang di hadapan sebuah klinik swasta di lokasi terbabit kerana terlupa memberi signal ketika membelok.

Anak perempuan mangsa, Saraswathy memaklumkan perkara itu di Instagram berkata, bapanya mengalami kecederaan patah tiga tulang, bengkak dan penstrukturan semula mulut yang memerlukan pembedahan akibat kejadian itu.

Artikel berkaitan: “Tak tahu apa susahnya”- Influencer Buat Lagu Khas Untuk Orang Yang Tak Guna Signal Ketika Memandu

Artikel berkaitan: Hampir 80% Wanita Tak Bagi Isyarat Bila Berhenti Di Simpang Jalan – Kajian UM


Menurutnya, ketika kejadian suspek yang memandu kereta jenis Perodua Axia berada di bahagian belakang kenderaan bapanya membunyikan hon selepas bapanya tidak memberi lampu signal ketika hendak membelok di simpang jalan.

Katanya, ketika turun dari kenderaan untuk meminta maaf, suspek terus menampar dan menyerang bapanya.

“Walaupun orang ramai cuba menghalang lelaki itu, suspek masih terus menyerang bapa saya,” jelasnya.

Gfptjbibiaa Buj

Pemuda itu juga mengeluarkan kata-kata kesat lalu memukul di bahagian muka, kepala dan rusuk mangsa.

Suspek belasah warga emas ada 3 rekod lampau

Memetik sumber Berita Harian, pemuda yang menyerang warga emas terbabit sudah ditahan reman dan difahamkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325KK yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun dan denda.

Sumber: Buletin TV3, Berita Harian