Tular di media sosial sekarang memperlihatkan seorang lelaki menunggang motor dalam keadaan berbogel selepas mengelar isterinya yang baru lepas habis pantang dan bayinya yang baru berusia 2 bulan.
Video itu dirakam oleh salah seorang pemandu dan dikatakan insiden tragis itu berlaku di rumah mereka di Bakar Batu, JB, tengah hari tadi (7 Julai 2022).
Lapor Bernama, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pintu rumahnya oleh penduduk setempat dan mayat mangsa dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Aminah bagi proses bedah siasat.
Difahamkan suspek telah pun ditahan dan kes akan disiasat mengikut Kes 303 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, polis akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.
Polis sahkan, telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.
Dipercayai telah membunuh isterinya, 26 tahun & bayi mereka berusia 3 bulan di Bakar Batu, tengah hari tadi.
Lelaki yang sama juga viral tunggang bogel dipercayai selepas membunuh isteri & anak.
Kes 302 KK.
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) July 4, 2022
Difahamkan, lelaki itu telah ditahan di Permas Jaya bersama sebilah pisau pemotong daging dan motosikal berwarna merah yang digunakan itu, suspek juga ditahan dalam keadaan berbogel.
Kes tragik.
Ibu muda usia 26 dan bayinya 3 bulan ditemui mati di sebuah rumah di Bakar Batu, JB, tengah hari tadi.
Susulan kejadian itu, suspek lelaki tempatan usia 24 ditahan dalam keadaan berbogel sambil tunggang motosikal (seperti viral di media sosial): KPD JB Selatan
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 4, 2022
Sumber turut melaporkan bahawa jika suspek didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman mati.
Baca : [VIDEO] Lelaki Ditahan Gara-gara Main Pistol Mainan Dengan Anak Buah Dalam Kereta