in

Lelaki T*tak Isteri & Anak Perempuan Di Sibu, Mangsa Sempat Hubungi Polis

kes tetak di sibu isteri anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! Semalam, polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai menetak isteri dan anak perempuannya menggunakan sebilah parang dekat Permai Jaya, Sibu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, suspek yang berusia 57 tahun itu telah ditangkap oleh pasukan petugas khas di kawasan Kanowit sekitar jam 4.15 petang, Rabu.


Suspek akan direman di Mahkamah Sibu pada 30 Oktober bagi membantu siasatan. Polis masih berusaha mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

3324196

Artikel berkaitan: Bekas Pelumba GP Negara Elly Idzlianizar Maut Dit*tak, 3 Suspek Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Tular Video Gaduh Bersenjata Sebab Isu ‘Parking’, Lelaki Terima 35 Jahitan Lepas Dit*tak

Sebelum ini, pihak polis difahamkan telah menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan yang melibatkan kecederaan parah terhadap dua beranak berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

Laporan polis diterima melalui panggilan kecemasan MERS 999 yang dibuat oleh seorang daripada mangsa, memaklumkan dia dan ibunya telah ditetak menggunakan parang oleh ayahnya sendiri,” jelas Zulkipli.

571277335 1326046412896794 297600780563703021 n

Susulan laporan yang diterima, sepasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk mengesan suspek dan hasil tindakan pantas polis berjaya menangkap suspek di Kanowit.

Akibat daripada serangan berkenaan, isteri suspek dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu. Anak mangsa yang berusia 20 tahun pula dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.