in

Lelaki Thailand Habiskan Masa Lebih Kurang 10 Jam Untuk Makan Di Restoran Bufet

Restoran Bufet Di Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan restoran bufet memang buat peraturan ada had masa sebab kalau tak, ramai lah pelanggan yang akan makan terlalu lama di premis makanan tersebut.

Namun, lain pula dengan sebuah restoran bufet di Thailand ini kerana restoran ini membenarkan pelanggan mereka untuk duduk selama yang mungkin untuk menikmati makanan bufet mereka.


Memetik laporan The Thaiger, seorang lelaki telah memecahkan rekod restoran itu kerana dia telah menghabiskan masa lebih 10 jam untuk makan di restoran bufet itu baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh pihak restoran itu menerusi Facebook mereka.

9

10

Artikel Berkaitan: “Macam bufet hotel!” – Cikgu ‘Review’ Menu Kantin Sekolah, Siap Buat Stesen Ikut Selera Pelajar!

Artikel berkaitan: “Patut dicontohi!” – Viral! Kantin Sekolah Jual Nasi Lemak Ayam RM2 Sepinggan

Difahamkan, pelanggan tersebut telah ke restoran itu untuk makan dan memandangkan premis itu membenarkan pelanggan untuk makan seberapa lama yang mahu, dia memutuskan untuk makan dengan tenang.

Dia turut menjelaskan bahawa dia akan makan aiskrim dan minum minuman apabila perutnya terasa kenyang.

Dia juga akan berhenti makan seketika untuk meregangkan badannya selepas duduk terlalu lama di meja dan dia turut bangun dari meja makan untuk ke tandas.

Dalam tempoh tersebut juga, dia membaca berita di media sosial menggunakan tablet sambil makan di situ.

Menurut staf restoran tersebut, kebanyakan pelanggan hanya menghabiskan waktu maksimum 4 jam untuk makan di restoran itu.

Pada kebiasaannya, restoran itu juga mengenakan had waktu selama dua jam untuk pelanggan-pelanggan makan di situ namun bersempena dengan hari lahir cef dan pemilik restoran itu, mereka mengadakan promosi yang membenarkan pelanggan untuk makan tanpa had waktu pada harga 350, 500, 590 dan 799 baht.

Difahamkan, lelaki itu telah empat kali makan di restoran itu sepanjang promosi istimewa itu diadakan, di mana kali pertamanya pada 11 Ogos, dia makan di situ selama 6 jam, kali kedua pada 20 Ogos pula selama 9 jam 11 minit, kali ketiganya pula ialah selama 10 jam 13 minit dan kali keempatnya pula dia telah menghabiskan masa selama 9 jam 43 minit untuk makan di situ.

Min rasa promosi macam ni memang sesuai untuk orang yang suka makan slow-slow.

Sumber: The Thaiger

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.