“Yang mengandung orang lain, tetapi yang alah orang lain,” begitulah kapsyen yang ditulis oleh Shah_Nazri_87 apabila videonya sedang duduk di tepi pokok limau purut tular di media sosial, baru-baru ini.
Menurut Shah, dia terpaksa melakukan perkara tersebut untuk mengelakkan rasa mual yang dialaminya setelah isterinya disahkan hamil.
Lebih melucukan, Shah berkata, dia terpaksa meluangkan masa di tepi pokok limau purut kerana hanya baunya sahaja yang boleh mengurangkan rasa ‘mabuk’ yang dialami.
@shah_nazri_87 Yang mengandung orang lain, yang alah orang lain #mengandung #kawanbudakpekan #fyp ♬ Zahir Tak Terucap – Nash
Meninjau ke ruangan komen, ternyata netizen turut terhibur sama ketika menonton video-video yang dimuat naik oleh Shah.
Menurut Ashraff yang pernah mengalami pengalaman sama, dia menyifatkan rasa mual dan loya itu sebagai satu momen terindah ketika isteri hamil.
“Yang pernah rasa je akan faham bagaimana rasanya bila lelaki alahan mengandung.
Bagi aku, itu antara moment terindah dalam hidup aku. Disitulah kita akan lebih menghargai pengorbanan isteri,” komennya.
“Saya pun pernah merasainya. Tak sanggup! Isteri mengandung anak sulung. Saya pula mabuk sampai lembik. Kerja pun selalu MC. Beritahu doktor, doktor pula asyik gelakkan,” kata Azali.
Artikel berkaitan: Tular Video Suami Bunga Citra Lestari Didakwa Mabuk Semasa ‘After Party’?
Artikel berkaitan: Budak 7 Tahun Bawa Bir Senyap-senyap Pergi Sekolah, Kongsi Dengan Kawan Sampai Mabuk Dalam Kelas
Sebenarnya, kejadian tersebut bukanlah satu perkara baharu. Ia turut dikenali sebagai sindrom Cauvade.
Menurut Cleaveland Clinic, sindrom Cauvade berlaku kepada para suami yang secara tiba-tiba mengalami simptom kehamilan seperti alahan, rasa mual dan muntah-muntah sama seperti isterinya.
Malah, sindrom ini juga sangat lazim! Hampir 20 peratus kaum Adam mengakui mereka sering rasa mual ketika isteri mereka hamil.
Pakar berpendapat, simptom yang dialami adalah satu bentuk tindak balas emosi para lelaki dalam mempersiapkan mereka untuk menjadi bapa.