in

Lelaki Terkejut Temui Katak Kecil Dalam Bekas Mee Udon

katak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesetengah orang memang lagi gemar memasak sendiri makanan daripada beli lauk di luar seperti kedai atau restoran sebab kebersihan makanan lebih terjaga.

Namun, untuk golongan yang sibuk bekerja, beli lauk bungkus atau pesan melalui perkhidmatan penghantaran lebih mudah sebab mereka tak sempat nak masak sendiri.


Tapi, bila beli di luar, ada risiko pulak makanan yang kita beli tu kotor atau tercemar.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Jepun ini apabila dia menemui ada katak kecil berwarna hijau dalam bekas mee udon yang dibelinya dari sebuah kedai baru-baru ini.

Memetik laporan Mothership SG, lelaki yang hanya dikenali sebagai Kaito itu telah berkongsikan pengalaman buruknya itu di Twitter baru-baru ini.

Dalam perkongsiannya itu, Kaito mengatakan dia membawa pulang mee udon itu untuk memakannya di rumah.

Ketika mula menyuap hidangan itu dalam mulut, dia tak perasan langsung ada haiwan walaupun telah menggoncang bekas mee itu sebelum makan, mungkin kerana katak itu bersaiz kecil.

Apabila makanan dah nak habis, barulah dia sedar ada katak yang masih hidup di bahagian bawah bekas mee udon itu.

Restoran yang terbabit difahamkan telah memohon maaf atas kejadian tersebut dan pihak jabatan kesihatan makanan juga telah hadir ke kedai makan itu untuk menyiasat tentang perkara itu.

Hasil siasatan mendapati bahawa katak itu datang daripada tempat pemprosesan sayur kerana mee udon itu mengandungi sayur dan salad.

Walaupun kes ini berlaku di Jepun, tapi semoga kita di Malaysia pun boleh ambil pengajaran terutamanya jika korang memiliki restoran atau kedai makan.

Sumber: Mothership SG

Baca: “Ada taugeh bergerak” – Wanita Kembang Tekak Jumpa Ulat Dalam Kuah Laksa

Kuah laksa berulat viral kajang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.