Berkerja di bawah sektor makanan dan minuman ini penting untuk sentiasa mengekalkan personaliti dan servis terbaik untuk pelanggan yang datang menjamu selera agar tiada persengketaan berlaku terhadap mana-mana pihak.
Bila makanan sedap ditambah lagi dengan servis yang baik daripada pekerja, sudah tentu pelanggan akan datang lagi sekali dan silap-silap bawa kenalan mereka untuk mencuba hidangan di sesebuah tempat.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang terharu dengan tindakan seorang pekerja di salah sebuah kedai kopi di Kuala Lumpur.
Lelaki terharu pekerja Starbucks ucap ‘Good Luck’ dekat cawan
Video yang berdurasi seminit itu telah dikongsikan di laman TikTok Zeem Ahmad yang memaparkan situasinya semasa berada di Starbucks KLIA 2 sebelum terbang ke Indonesia kerana ada perlawanan bola.
Menerusi video tersebut, dia meminta pekerja untuk menulis Champion di cawan dan memberitahu yang dia akan ke Jakarta untuk bertanding di dalam sebuah perlawanan bola.
@zeemahmadd Terima Kasih kepada akak dan abang starbucks di KLIA2 sebab support kami. Semoga di mudahkan urusan 🙂 <3 #fyp #foryourpage #malaysia
“Kalau akak panggil champion tu satu doa.”
Dapat kopi siap ucap “Good Luck” lagi tertulis di cawan
Selepas mendapat kopi yang dipesan oleh lelaki itu, dia kemudian berasa amat terharu apabila melihat ada tertulis “Good Luck” di cawan tersebut. Dengan selamba, dia memberi mini love kepada pekerja-pekerja yang dilihat sangat supportive dalam memberi semangat kepada lelaki itu.
Raih kemenangan dan pulang ke Malaysia selepas 2 hari, terus jumpa semula pekerja nak tangkap gambar bersama
Mendapat khabar gembira, lelaki tersebut meraih kemenangan semasa perlawanan bola di sana dan telah membawa pulang sejumlah wang ringgit dan plak ke Malaysia.
Yang paling menarik, lelaki tersebut bersama kawannya tidak melupakan pekerja Starbucks KLIA2 itu dan terus berjumpa untuk menangkap gambar bersama dan memberitahu bahawa mereka sudah menang dalam perlawanan tersebut setibanya di Malaysia.
“Kami nak rai kemenangan bersama abang dan akak Starbucks yang support kami tu.”
Netizen ucap tahniah di atas kemenangan
Video tersebut meraih ramai perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka mengucapkan tahniah kepadanya atas kemenangan perlawanan bola di Indonesia.
Ada juga yang berkongsi tentang pekerja di sana yang sememangnya terkenal dengan sikap friendly mereka dalam memberi servis kepada pelanggan.
Walaupun hanya sekecil tulisan di cawan, min salute dengan abang kita ni masih ingat orang yang support dia. Tahniah bang!
Baca: Ahmad Maslan Kongsi Video Sepakan Penalti, Aksi Penjaga Gol Elak Bola Buat Ramai Bingung