Tak tahu lah nak ambil inisiatif macam mana supaya golongan miang macam ni tak berani bertindak di tempat awam.
Semalam, seorang lelaki dipercayai warga Singapura ditangkap sedang merakam video di dalam tandas perempuan. Salah seorang netizen yang berada di tempat kejadian sempat mengambil beberapa gambar dan muat naik di Facebook.
Menurut status itu, kejadian tersebut berlaku di AEON Credit City Square, Johor Bahru dan lelaki miang itu berjaya ditangkap oleh staf ketika sedang merakamkan aksi wanita di tandas perempuan.
Bukan itu sahaja yang menaikkan kemarahan orang ramai tetapi lelaki itu juga dipercayai bersembunyi di dalam tandas itu selama 6 jam dari 11 pagi hingga 5 petang semata-mata untuk merakam video wanita-wanita yang menggunakan tandas tersebut. Oh, inilah kerja full time kau eh?
Lelaki itu juga dipercayai telah minum minuman alkohol terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan itu kerana dirinya berbau minuman keras ketika orang ramai berdepan dengannya.
Selepas cerita itu dimuat naik di media sosial, netizen terutamanya kaum wanita naik angin dengan tindakan lelaki miang itu.
“Saya perlu bawa kayu jika mahu ke tandas selepas ini. Tandas awam sangat merbahaya,” komen seorang wanita.
Jadi kepada wanita di luar sana, periksa tandas awam sebelum buat apa-apa!
Baca: Lelaki Ditangkap Kerana Mencabul di Bulan Ramadan Sebelum DIkasari Oleh Sekumpulan Lelaki