Siapa sahaja yang tak gembira apabila ada orang yang masih mengingati tarikh kelahiran kita tambahan lagi jika disambut dengan hadiah dan kek. Confirm akan berlerai air mata dekat situ juga!
Tak kisahlah disambut secara kecil-kecilan atau besar-besaran pun, kita tetap akan merasai betapa ikhlasnya seseorang dalam menyambut hari kelahiran kita lebih-lebih lagi jika orang tersebut orang yang paling kita sayang.
Seperti baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial yang menunjukkan situasi yang boleh dikatakan menyentuh perasaan pembaca.
Tidak semua di bawah bumbung yang sama
Hantaran tersebut telah dikongsi di laman Facebook mengenai seorang lelaki menceritakan pengalamannya membuat kejutan kepada seorang office boy baru-baru ini.
https://www.facebook.com/100044264867892/posts/pfbid025qEa6xKg8gaBUEeUQoWodSoKJbPkrirF84zJZsxhetnRBhn9vCVYiaAeQCkkbuzZl/?d=n
Menurut hantaran tersebut, selalunya kita boleh tengok cara biasa apabila orang menyambut hari lahir iaitu dengan membawa ke restoran dan disambut dengan kek oleh pelayan restoran sesudah habis makan.
“Bila kita sampai di restoran dan kek pun sudah diblei, kita akan bagi ke pelayan dan minta mereka simpankan dulu. Dah habis makan, baru kita panggil pelayan. Kita semua akan menyanyikan lagu “Happy Birthday” selepas pelayan membawa kek yang dinyalakan dengan lilin.”
Dia juga mengatakan perkara ini telah menjadi seperti panduan untuk kita membuat kejutan hari lahir kepada seseorang. Namun, dia juga mengatakan tidak semua akan merasa perkara yang sama.
“Walaupun ini mungkin kelihatan seperti “SOP” untuk semua parti hari jadi, namun tidak semua orang akan dilayan dengan cara ini.”
Lelaki kongsi pengalaman sambut birthday rakan sekerja, sebak dapat tahu itu kek pertama kali seumur hidup
Menurut hantaran itu, lelaki tersebut sedang membuat panggilan bersama dengan seorang pelanggan dan tiba-tiba disapa oleh seorang peguam di dalam syarikatnya dan memberitahu bahawa hari ini hari lahir seorang pembantu pejabat atau office boy.
“Hari ini hari lahir Wan. Kita akan sambut dengan dia sekarang. Tolong potong kek.”
Dia juga terus mengakhiri perbualannya bersama pelanggan dan bergegas ke pantri pejabat. Terlihat ramai yang sedang menunggu untuk menyanyikan lagu “Happy Birthday” kepada Wan.
“Saya dipilih untuk menyalakan lilin dan apabila saya melihat Wan, matanya dia sudah mula sebak dan berlinangan dengan air mata.”
Bila ditanya kenapa menangis kepada pembantu pejabat tersebut, dia mengatakan bahawa dia tidak pernah mendapat sebarang kek sewaktu hari lahirnya dan ini merupakan kali pertama dia menerima kek daripada orang.
“Saya terdiam sekejap dan akhirnya berjaya menyalakan lilin.”
Lelaki sedar dan cuba hargai apa yang dimiliki
Menurutnya juga, dia mendapati bahawa tidak semua mampu menyambut hari lahir dengan sebiji kek kerana kadang-kadang untuk membeli sebuah kek itu sangat membebankan bagi sesetengah orang.
“Kek boleh dikatakan sangat mudah untuk dimiliki dalam kehidupan kita tetapi untuk sebahagian orang ada yang menganggap sebuah kek ini adalah makanan yang mewah. Sehingga hari ini saya tak terbayangkan bahawa sebiji kek juga mampu mengalirkan air mata seseorang.”
Hantaran tersebut meraih 15,000 sukaan dan rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir kepada Wan dan mendoakan kesejahteraannya.
Selamat hari lahir Wan!
Baca: Viral Kawan ‘Hijacked’ Majlis Birthday Sendiri, Photographer Nak Belanja Photoshoot Free