Menjadi pemilik rumah sewa memang banyak cabarannya. Tambah-tambah lagi kalau dapat penyewa yang pengotor dan tak pandai jaga keadaan rumah dan merupakan seorang penagih dadah.
Menurut WORLD OF BUZZ, kelmarin, Simon Landsheer telah menaikkan entri Facebook berkongsi pengalamannya mendapat penyewa yang langsung tidak menjaga rumahnya sehingga dia terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi proses pembersihan dan baik pulih kerosakan.
Menurut Simon, dia telah menggunakan perkhidmatan Airbnb sebagai pihak tengah untuk membantunya menyewakan rumah itu. Walau bagaimanapun, rumah tersebut telah dirosakkan oleh penyewa dan menurutnya, pihak Airbnb langsung tidak mengambil sebarang tindakan.
Katanya lagi, kerana kerosakan yang dibuat oleh penyewa itu, dia terpaksa menanggung kos berpuluh ribu bagi membaik pulih rumahnya. Difahamkan, apartment milik Simon yang terletak di M City di Jalan Ampang itu telah disewakan kepada seorang lelaki bernama Mohammed dari Arab Saudi melalui Airbnb.
Mohammed telah menyewa rumah tersebut dalam jangka masa lebih kurang enam minggu dan sering meminta untuk melanjutkan tempoh penyewaan.
“Dia terlupa untuk melanjutkan tempoh penyewaannya. Bila sampai waktu untuk check out, tukang cuci masuk dan lihat rumah dalam keadaan bersepah serta penyewa masih ada di situ. Kami meminta bantuan pengawal selepas gagal mengejutnya bangun.”
Melalui gambar yang dikongsikan, kediaman Simon habis kotor dengan tumpahan air di merata tempat termasuk di atas katil serta perabot ditanggalkan dari dinding dan susunan disepahkan.
Bukan itu sahaja, keadaan di dapur juga sangat teruk dengan pinggan mangkuk bersepah dan kotor, sisa makanan yang tidak dibuang dan air menitik keluar dari peti ais.
Tak cukup dengan itu, semua gajet yang menggunakan bateri di dalam rumah tersebut, habis dicabut keluar. Apa masalah orang ni?
Lelaki tu buka semua benda yang menggunakan bateri, keluarkan bateri dan potong dengan pisau.”
Simon juga memberitahu bahawa dia percaya penyewa itu merupakan penagih dadah kerana terjumpa benda seperti bentuk paip berkemungkinan alat yang digunakan untuk menghisap dadah.
Dia juga berang kerana walaupun lelaki itu hanya menyewa selama enam minggu, tetapi bil elektrik yang perlu ditanggungnya adalah sebanyak hampir RM2,000. Banyak tuu!
Melihat kepada kos yang terpaksa ditanggungnya, Simon berharap supaya dia akan mendapat pampasan daripada pihak Airbnb selaku orang tengah dalam urusan penyewaan tersebut. Namun, difahamkan, Simon masih belum menerima jawapan daripada mereka.
Teruknya rumah orang dia buat macam tu! Hati-hatilah bagi yang nak menyewakan rumah tu. Tengok dulu penyewa tu macam mana orangnya.
Baca: “Aduhai, orang jenis apa duduk rumah ni” – Wanita Dedah Keadaan Rumah Kotor Selepas Penyewa Lari