Betul lah kata orang, zaman sekarang ni siapa pun kita jangan percaya.
Bermacam kes penganiyaan dan penipuan berlaku dalam kalangan keluarga sendiri, sahabat dan apatah lagi orang yang tidak kita kenali.
Seperti kes ini, seorang penyelia ditangkap polis kerana jenayah merogol. Lebih teruk lagi, bapa kepada dua orang anak itu merogol anak rakan baiknya sendiri. Tak guna punya kawan!

J Ravichandran, 43 didapati bersalah merogol anak rakannya itu berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang pada 23 Mac 2012 kira-kira jam 2.30 petang.
Pada 3 Oktober 2014, Mahkamah Sesyen Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan terhadap tertuduh.
Keterangan empat saksi pembelaan serta enam saksi pendakwaan telah diambil sepanjang prosiding perbicaraan kes itu yang bermula pada 30 Julai 2012.

Bagaimanapun atas beberapa faktor, hukuman lebih berat telah dikenakan kepada Ravichandran. Antara faktornya adalah:
- Faktor kepercayaan ibu bapa yang merupakan rakan baik tertuduh. Ibu bapa mangsa meninggalkan mangsa dalam jagaan tertuduh
- Faktor keadaan mangsa yang mengalami trauma
- Faktor umur mangsa yang di bawah umur ketika kejadian berlaku
Mesti lah trauma kalau jadi macam ni… Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah meningkatkan hukuman penjara terhadap tertuduh daripada 10 tahun kepada 15 tahun.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk meningkatkan hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas Ravichandran.
“Mahkamah meneliti fakta dan kes dalam perbicaraan penuh yang telah dijalankan. Mangsa dalam keadaan trauma cuba bunuh diri dengan mengelar tangan dan makan panadol dalam jumlah yang banyak.
Tertuduh juga adalah pihak yang diamanahkan menjaga mangsa, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, hukuman pemberatan perlu diberikan bagi memberi pengajaran bukan saja kepada tertuduh malah kepada masyarakat.” katanya
Bagaimanapun, hukuman sebat lima kali yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen dikekalkan.
