Seorang pemuda baru-baru ini tular apabila cuba membeli kek berharga RM94 menggunakan resit eWallet Touch ‘n Go (TnG) palsu yang diedit olehnya.
Pun begitu, taktiknya itu akhirnya terbongkar apabila perbuatannya itu dirakamkan dalam CCTV dan kemudian memuat naik footage tersebut di media sosial.
Malah, kedai tersebut juga menggesa pemuda itu membayar semula ganti rugi dalam kadar yang penuh dan jika tidak, laporan polis akan dibuat.
https://www.facebook.com/watch/?v=797119695170506
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kedai kopi dan bakeri di sebuah pusat beli-belah Johor Bahru pada tengah hari,12 April lalu.
Posting yang dimuat naik itu kemudiannya menjadi tular dan kedai tersebut berkata pihak mereka ingin memberi pemuda tersebut peluang kedua dengan membayar jumlah yang diambilnya itu dalam masa 48 jam.
Menurut sumber, pemuda berkenaan berpura-pura mengimbas kod QR di kedai tersebut tetapi tidak menghidupkan kamera dan dari sudut pandangan juruwang, kelihatan seperti dia memasukkan kata laluan dan jumlah.
Bagaimanapun, apabila pemilik kedai itu menyemak rakaman CCTV, didapati lelaki itu menunjukkan page pembayaran TnG palsu.
Akhirnya dia mengaku…
Tidak lama selepas menyedari videonya itu tular, pemuda berkenaan menghubungi pemilik kedai tersebut dan memintanya untuk memadam video itu kerana dia sudahpun menyelesaikan perkara itu.
Menurut catatan dari kedai itu, pemiliknya mendedahkan bahawa lelaki itu telah membayar wang yang ditipunya dengan memberi sejumlah RM100 kepada kedai tersebut.
Janganlah tipu duit orang…