in

Lelaki Pukul Kemaluan Mak Dengan Mangga Besi & Biar Kelaparan Gara-gara Stress Belajar ‘Masters’

collage 36

Seorang pelajar ijazah Sarjana di Singapura telah membuat serangan fizikal terhadap ibunya yang berusia 68 tahun sejak 2017 lalu. Lelaki ini akan biarkan ibunya kelaparan dan tak bagi ibunya mandi kerana tertekan dengan pelajarannya.

CNA melaporkan, pelajar berusia 30 tahun, Andy Koh Ju Hua yang mengambil ijazah Sarjana di National University of Singapore ketika itu juga turut memukul bahagian kemaluan ibunya dengan mangga besi dan lututnya.

Selasa lepas, lelaki ini telah mengaku bersalah atas empat kesalahan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Andy telah ditahan reman sejak November tahun lalu dan mengatakan yang dia sayangkan ibunya dan masih berharap untuk dapat bersama ibunya semua selepas dia mendapatkan rawatan “gangguan psikotik”.

ak ady2 1603

Saya sayangkan ibu saya sangat-sangat dan saya tak tahu kenapa saya buat semua benda bodoh tu kepadanya. Saya perlu menjalani rawatan untuk atasi gangguan psikotik saya.

Saya harap saya dapat jalani rawatan dan tinggal semula dengan ibu saya. Dia bukannya muda dan saya nak jaga dia hingga akhir hayatnya.”

Dikatakan, Andy yang tinggal bersama ibu dan bapanya ini mula mencederakan ibunya sejak tahun 2017.

Lelaki ini akan biarkan ibunya kelaparan dan tak benarkan ibunya mandi atau buat bising ketika dia tertekan dengan pelajarannya.

Tak nak hancurkan masa depan anak

dark GettyImages 874102122

Ibu Andy enggan membuat laporan polis pada awalnya kerana tak mahu merosakkan masa depan anak lelakinya itu dan akan meminta perlindungan dari anak-anak buahnya.

Wanita malang ini juga dikatakan telah masuk ke hospital sebanyak tiga kali dan diletakkan di rumah perlindungan. Bagaimana pun, dia masih berkeras ingin pulang ke pangkuan keluarga.

Selepas beberapa tahun, pada Jun 2020, wanita ini akhirnya membuat keputusan untuk mendedahkan perbuatan kejam anak lelakinya itu kepada pihak polis.

Pada Januari 2018, Andy dikatakan telah menggunakan lututnya untuk memukul kemaluan ibunya dengan niat untuk menyebabkan kecederaan.

Wanita ini telah ditemui oleh anak buahnya dalam keadaan tak terurus sambil mengadu sakit di bahagian bawah badan.

Bila anak buahnya ini mencadangkan untuk buat laporan polis, ibu ini menolak dan pergi ke hospital dengan alasan dia terjatuh bagi melindungi anaknya.

Laporan perubatan menunjukkan wanita ini mengalami lebam di bahagian perut, punggung, anggota bawah badan dan di luar alat kelamin sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Pada Disember 2018 pula, Andy Koh telah mencederakan ibunya sekali lagi. Kali ini, lelaki ini telah memukul muka ibunya dengan tangan di rumah. Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut memukul kemaluan ibunya beberapa kali menggunakan mangga besi yang diletakkan dijarinya.

Wanita malang ini hanya biarkan anaknya melepaskan kemarahan. Dia ditemui dalam keadaan bengkak di bahagian badan dan berdarah di kawasan kemaluan.

erica nilsson ecnjfcrzeyy unsplash

Tak tahan didera

Pada Jun 2020, Andy telah memanggil ibunya sebelum menumbuk ibunya beberapa kali di mulut.

Wanita ini kemudiannya lari ke luar rumah dalam keadaan berdarah dan meminta bantuan saudara maranya. Anak buahnya kemudian menelefon pihak polis dan membuat laporan yang makciknya itu telah didera oleh anak lelakinya.

Kali ini, ibu malang ini pergi ke hospital dan beritahu perkara sebenar…

Menurut pihak pendakwa raya, Andy tak mempunyai apa-apa rekod jenayah sebelum ini jadi mereka minta sekurang-kurang 30 minggu hukuman penjara diberikan ke atas lelaki ini kerana mangsa bukan sahaja warga emas dan tak berdaya untuk melawan malah mangsa juga merupakan ibu kandungnya.

Perbuatan lelaki ini menyerang ibunya dengan mangga besi merupakan perbuatan yang keji dan kejam.”

“Walaupun tertuduh telah mengaku bersalah, dia telah menidakkan perbuatannya kepada pihak polis dan sepanjang penyiasatan.”

Tak cukup dengan itu, laporan dari Institut Kesihatan Mental mengatakan yang lelaki ini tak menunjukkan rasa bersalah satu-satunya faktor yang dapat dipertimbangkan adalah keadaan mentalnya.

Andy yang tak diwakili oleh mana-mana peguam telah meminta untuk menjalani rawatan mental namun pihak pendakwa raya meminta agar Andy dihukum atas kesalahannya ini.

Kes ini akan dibicarakan semula 23 Mac nanti.

 

Baca: Wanita Rakam Video Minta Bantuan Pulang ke Malaysia, Tak Tahan Didera Ibu Mertua di India

Screenshot 2021 03 17 at 6.08.22 PM