in

Lelaki P*kul & Ugut T*kam Gara-gara Anak Tiri Tak ‘Restu’ Perkahwinan Dengan Ibunya

ugut tikam dan pukul sebab anak tiri tak suka

Padah kerana memukul dan mengugut untuk menikam anak tirinya berusia 15 tahun selepas mengetahui remaja itu tidak menyukainya, seorang lelaki diberkas polis semalam.

Menurut laporan, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan selepas isterinya dan mangsa membuat laporan polis.

Kejadian itu berlaku di Bertam, Melaka apabila mangsa telah meluahkan rasa kecewa kepada ibunya tentang perkahwinannya dengan suspek sejak empat tahun lalu.

Artikel berkaitan: “Banyak lagi tanggungan ayah” – Anak Terkedu Dapat Mesej Dari Ayah Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan

Artikel berkaitan: Dera Anak Umur 7 Tahun Guna Kulit Durian, Pasangan Suami Isteri Dihukum Penjara & Denda

Perbualan itu bagaimanapun telah didengari oleh abang suspek yang terus memaklumkan kepada lelaki berkenaan yang menyebabkannya berang.

“Suspek berang dan memukul remaja lelaki tersebut di kepala dan badannya menggunakan tangan.”

suspek ugut anak tiri

Ibu mangsa cuba meleraikan pergaduhan dan remaja tersebut yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berjaya melarikan diri ke dapur.

“Suspek mengejar mangsa dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur menyebabkan ibu remaja berkenaan panik dan menjerit meminta anaknya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

“Abang suspek yang didakwa terus mencampuri urusan rumah tangga keluarga itu bagaimanapun mengarahkan mangsa untuk pulang ke rumah bagi menjelaskan hal tersebut kepada bapa tirinya,” katanya.

Selepas mendengar penjelasan mangsa, suspek meminta isterinya untuk menasihati remaja itu sekiranya tidak mahu perkara diingini berlaku termasuk kemungkinan ditikam.

Majistret Mahkamah Ayer Keroh N. Sivashangari memerintahkan suspek ditahan reman selama sehari bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo!