in

Lelaki Pertama Kes Simbah Asid Faisal Halim Bukan Pelaku, Suspek Kedua Ditahan

Syaz Ft 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia masih lagi terkejut dengan tragedi yang menimpa atlet bola sepak negara iaitu Faisal Halim yang menjadi mangsa kes simbah asid pada hujung minggu lalu.

Terbaru, pihak polis mengesahkan suspek pertama yang ditahan berikutan kes tersebut tidak terlibat dalam insiden itu.


Artikel berkaitan: Doktor Beri Gambaran Kecederaan Faisal Halim, Ini Yang Dimaksudkan Dengan Melecur Tahap 4

Artikel berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Tahan Suspek Lelaki Untuk Bantu Siasatan

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 20-an yang ditahan di Pandan Indah, Ampang, kelmarin itu telah dibebaskan dengan jaminan selepas didapati bukan pelaku kes yang sedang siasat.

1 2

“Suspek sebenar yang menaiki motosikal semasa kejadian, didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Nombor pendaftaran motosikal digunakan pelaku, sama dengan nombor pendaftaran motosikal milik suspek yang ditahan.

Siasatan mendapati suspek pertama tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar memaklumkan kes terbabit diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Kita telah tahan seorang lagi suspek dan direman hari ini. Mulai hari ini, siasatan lanjut diambil alih oleh USJT Bukit Aman,” katanya ringkas.

Difahamkan, suspek kedua itu ditahan di Bandar Baru Bangi, semalam bagi membantu siasatan polis berhubung insiden berkenaan dan permohonan reman suspek kedua berusia 30-an itu dibuat di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.