Bukan mudah untuk mencari wang untuk membiayai majlis perkahwinan, lebih-lebih lagi pada zaman kini di mana harga barang semakin mahal.
Mungkin sebab itulah lelaki Perancis ini memilih untuk menjual slot iklan pada sut perkahwinannya ketika hari bahagianya.
Menurut South China Morning Post, lelaki tersebut berjaya mendapatkan tajaan daripada 26 syarikat dan dia berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak 2,300 Euros atau sekitar RM11,108 jika ditukar ke dalam Ringgit Malaysia.
Lelaki berkenaan difahamkan merupakan seorang usahawan syarikat AI yang berpengkalan di Lille, iaitu sebuah bandar di utara Perancis.

Artikel berkaitan: “Gaji hampir sama doktor pakar” – Jururawat Di Johor Berhijrah Ke Singapura, Gaji Lebih Lumayan
Artikel Berkaitan: “SGD 110,000 setahun” – Recruiter Singapura Turun Malaysia Untuk Pengambilan Doktor & Jururawat, Tawar Gaji Lumayan
Difahamkan, beberapa bulan lalu sebelum tarikh majlis perkahwinannya, usahawan ini telah membuat pengumuman menerusi media sosial bahawa dia akan menjual slot pengiklanan pada sut perkahwinannya kerana dia mahu mengumpul wang untuk hari bahagianya nanti.
Difahamkan juga, posisi iklan pada sut tersebut mempunyai harga yang berbeza dengan iklan pada posisi atas pada belakang sutnya berharga 1,600 Euros.
Manakala slot iklan pada posisi yang lain pula bernilai sekitar 800 hingga 1,000 Euros setiap satu.
Ketika majlisnya, usahawan tersebut memakai sut yang mempunyai pelbagai logo syarikat yang menajanya persis seperti papan iklan atau billboard bergerak.
Sumber: South China Morning Post
