Semalam tular di media sosial sebuah video yang memaparkan sebuah kereta Axia berwarna putih yang membuat pusingan beratus kali di sebuah bulatan di Kluang, Johor.
Tindakan pemandu kereta Axia putih itu telah mencetuskan tanda tanya kerana ramai warganet yang pelik dengan tindakan pemandu kenderaan tersebut.
Terkini, pihak polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Axia putih itu mengalami penyakit Skizofrenia iaitu sejenis penyakit berkaitan kesihatan mental, lapor Sinar Harian.
Artikel Berkaitan: “Dari pagi sampai malam” – Aksi Kereta Axia Buat Pusingan Di Bulatan Cetus Tanda Tanya Netizen
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kereta Terbabas Masuk Semak, Cara Wanita Ini Tenangkan Diri Buat Netizen Tergelak
Menurut Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh iaitu Ketua Polis Daerah Kluang, lelaki tersebut kini sedang menerima rawatan untuk penyakit berkenaan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Sebelum ini juga sekitar tahun 2020 dan 2021, lelaki tersebut iaitu warga tempatan yang berusia 50-an itu pernah mendapat rawatan penyakit kesihatan mental di Hospital Permai, Johor Bahru.
Susulan kejadian yang tular itu, pihak polis kemudiannya telah menasihati keluarga lelaki itu agar tidak membenarkannya keluar sendirian tanpa ditemani ahli keluarga.
Selain itu, polis juga menasihati keluarga lelaki berkenaan supaya keluarganya melarang lelaki itu dari memandu kenderaan.
Difahamkan, kereta Axia putih itu merupakan milik abang kepada lelaki tersebut.
Sumber: Sinar Harian