Bagi gamers, semestinya pengumuman pengeluaran permainan consoler terbaru keluaran Sony iaitu Playstation 5 amat dinanti-nantikan.
Peminat PS5 ini berpusu-pusu membuat pre-order pembelian secara online semata-mata untuk memiliki permainan konsol ini walaupun umum mengetahui harganya agak ‘mahal’.
Lain diorder, lain pula yang sampai
Namun, keterujaan gamers untuk memiliki permainan PS5 ini terbantut gara-gara ramai yang ‘terciduk’ apabila mendapati permainan yang mereka nanti-nantikan ini menjadi sebuah ‘tragedi’ apabila lain yang diorder, lain pula yang sampai ke tangan.
Bukan setakat seorang, malah beberapa pelanggan yang telah membeli PS5 secara online melalui laman web syarikat beli-belah online yang terkenal ini dikatakan tertipu apabila PS5 yang dibeli mereka digantikan pula dengan barangan tidak masuk akal yang lain seperti makanan kucing, alat urut kaki dan sebagainya.
Wow, beribu-ribu duit terbang melayang, yang dapat makanan kucing je?
PS5 bertukar dengan sekampit beras
Seperti yang terjadi kepada seorang lelaki ini, dia telah berkongsi di laman Twitternya mengenai keterujaannya untuk memiliki PS5 ‘punah’ apabila PS5 yang dibelinya secara online melalui Amazon itu bertukar pula dengan sekampit beras!
So went to open my PlayStation 5 that I ordered from @AmazonUK and found this! Some one has replaced it with rice!I wish I was joking! Pls RT! pic.twitter.com/VcSNce4Zgo
— iamadamsullivan (@iamadamsullivan) November 19, 2020
Dakwa barang telah diterima, tapi tak sampai pun
Bukan setakat itu sahaja, pelanggan yang tertipu ini juga mendakwa bungkusan yang diorder mereka secara online ini juga secara tidak sengaja ditandakan sebagai telah dihantar dan diterima walaupun hakikatnya mereka tidak menerima barangan tersebut.
Insiden ini kemungkinannya berlaku gara-gara kecurian yang dilakukan oleh individu yang masih belum dikenal pasti identitinya sebelum pesanan PS5 itu sampai ke tangan pembeli.
Pihak Amazon campur tangan
Kes ini menjadi isu hangat diperkatakan yang tular sehingga berjaya meraih perhatian netizen sehinggakan pihak Amazon sendiri terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan kes kecurian barangan online ini dengan melakukan siasatan mendalam di atas kejadian yang berlaku.
Selain itu, pihak Amazon juga menggesa kepada para pelanggan yang terlibat supaya menghubungi team khidmat pelanggan mereka untuk tindakan susulan.
Barang mahal, mahunya pencuri tak tergoda.
Baca: “Dah tak perlu guna filter” – PS5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Disember Nanti, Harga RM1,869