in

Lelaki Nyaris Maut, Kepala Terhentak Batu Lepas Buat Terjunan Dari Air Terjun Setinggi 30 Kaki

FT TERJUN FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang mandi-manda di air terjun, ada tak dalam kalangan family atau kawan-kawan yang sudah pasti tak sabar-sabar nak tunjuk ‘skill’ terjunan dari atas air terjun?

Masa tu la baru boleh show off bakat terjunan ala-ala atlet terjun negara Pandelela Rinong kan.


Tapi sebelum nak terjun, seeloknya korang check dulu paras kedalaman air terjun tu supaya tak berlaku kejadian yang tidak diingini.

 

Terhentak batu di dasar kolam 

Seperti yang terjadi kepada lelaki ini, dia hampir menemui ajal selepas membuat aksi terjunan ‘maut’ dari air terjun yang berketinggian 30 kaki (9 meter) gara-gara kepalanya terhentak batu yang berada di dasar kolam air terjun tersebut.

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah resort yang terkenal di Rusia yang berhampiran dengan Laut Hitam di bandar Sochi.

Menurut Daily Mail, lelaki pertengahan tahun yang tidak dikenal pasti identitinya itu telah berkelah bersama rakan-rakannya di kawasan air terjun Zmeikovskiye berhampiran kawasan resort itu.

Dia telah memanjat sehingga ke puncak air terjun itu dan terus membuat aksi terjunan ke dalam kolam air terjun sambil dirakam oleh rakan-rakannya.

TERJUN BARU

 

Tak perasan air cetek

Dia yang tidak perasan bahawa kedalaman air terjun itu hanyalah setakat 7 kaki (2 meter) telah terhentak kepalanya ke atas batu yang berada di dasar kolam.

Rakan-rakannya yang masih tidak perasan kejadian itu masing-masing memuji lelaki itu melakukan aksi terjunan yang cantik.

TERJUN TENGAH

 

Air bertukar merah

Mereka kemudian panik apabila mendapati air di dalam kolam itu bertukar menjadi warna kemerah-merahan sebelum menyedari bahawa ianya adalah darah milik lelaki itu gara-gara kecederaan serius yang dialaminya.

Dia terhentak kepalanya!

TERJUN DARAH

Lelaki itu telah dikejarkan ke hospital tempatan dan disahkan mengalami trauma yang serius gara-gara keretakan tulang belakang dan kecederaan di kepala selepas terhentak batu dalam dasar air terjun.

Nak tengok video, korang boleh klik link ni

Baca: “Tukar lah hobi tu musim hujan macam ni”  – Dua Lelaki Cedera Jatuh Gaung Ketika Mendaki Di Kawasan Air Terjun BACA TERJUN

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.