Setiap orang pastinya pernah berdepan dengan situasi yang mana kita merasakan perlu melakukan sesuatu yang luar biasa demi mendapat kepuasan diri, mencari maksud kehidupan atau apa sahaja matlamat yang ingin dikecapi.
Baru-baru ini, seorang pengguna X, Menara Kajang telah berkongsi kisah yang boleh dijadikan inspirasi kepada orang ramai.
Manakan tidak, bebenang tersebut menceritakan pengalaman epik lelaki yang dikenali sebagai Manu Ram yang nekad untuk berjalan kaki sejauh 159 kilometer ke Kota A Famosa di Melaka dari tempat tinggalnya di Damansara Utama tanpa sebarang persediaan dan latihan.
Menurutnya lagi, perjalanan tersebut berkemungkinan lebih jauh dari apa yang ditunjukkan melalui Google Maps.
Namun, perjalanan Manu berdepan detik kesukaran apabila kasut yang dipakainya mula tercabut ketika perjalanan baru memasuki jarak 15 kilometer dan dia terpaksa membuat keputusan untuk membeli sepasang kasut, stokin serta beberapa barang keperluan yang lain.
Dia kemudiannya meneruskan perjalanan untuk menghabiskan hari pertama di Kuchai Lama dan menginap satu malam di sebuah hotel untuk berehat dan ketika ini dia mula mempersoalkan tindakannya dan mengakui perjalanan setakat ini betul-betul mencabar dirinya.
Perjalanan kemudian diteruskan keesokan hari merentasi kawasan Bukit Jalil, Seri Kembangan dan menamatkan perjalanan hari ke-2 di Serdang dengan jumlah perjalanan yang ditempuhi adalah sejauh 20 kilometer dan ketika ini, Manu mengatakan dia telah mengalami sunburn dan juga keadaan melecet di kakinya mulai teruk.
Hari ke-3 dihabiskan di Kajang dan Semenyih. Menurutnya, Kajang merupakan tempat dia dibesarkan dan mempunyai banyak memori di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Semenyih untuk ke destinasi seterusnya iaitu Mantin pada hari ke-4.
Menurutnya, ketika ini dia sempat berteduh di sebuah perhentian bas dan dia juga mengatakan bahawa dia hanya akan berjalan selama 30 minit selepas jam 11 pagi kerana keadaan cuaca yang terik di Malaysia.
Manu kemudian meneruskan perjalananya untuk ke Mantin dan mendedahkan ada beberapa orang yang ingin menumpangkannya untuk ke destinasi namun terpaksa ditolak dengan baik sambil menjelaskan apa yang sedang dilakukannya.
Namun, perjalanan di Mantin agak mencabar kerana Manu mengatakan dia telah melakukan kesilapan kerana tiada hotel di Mantin dan dia tidak mempunyai tempat untuk bermalam ketika itu, dan jarak untuk ke bandar seterusnya adalah 5 kilometer untuk ke Seremban.
Now I had to conserve my phone battery, but I did reach Mantin and realized that I had made a mistake.
There are no hotels in Mantin. I had nowhere to stay for the night, and it was already 9pm.
Seremban was almost 5 hours away.
Old, dark road. Jungles.
I kept walking. pic.twitter.com/dLlPeyme3h
— Menara Kajang (@r00dran) November 15, 2023
Disebabkan tiada pilihan, dia terpaksa meneruskan perjalanan dalam kegelapan malam, sambil ditemani bunyi-bunyian sekeliling dan sekali sekala adalah kereta yang melalui jalan tersebut dan akhirnya dia berjaya tiba di Seremban.
Menurutnya, ketika ini jarak perjalanan untuk ke Kota A Famosa hanyalah 82 kilometer dan dia mengambil keputusan untuk berehat seharian di rumah seorang kenalan di Seremban. Tambahnya lagi, sekiranya dia berjala menempuhi perjalanan separuh pertama dari Damansara ke Seremban dengan berjalan kaki, jarak separuh kedua juga tidak mustahil!
Artikel berkaitan : “Sampai nangis sebab excited” – Peminat Mechamato Teruja Dapat Tengok ‘Kota Hilir’ Di Melaka
Artikel berkaitan : Ini 7 Tempat Dalam Malaysia Yang Pegang Rekod Dunia!
Pada hari ke-6, Manu meneruskan perjalanan untuk ke Rembau dan ada kalanya perjalanannya terganggu dek hujan lebat yang mana dia gunakan peluang tersebut untuk berteduh di sebuah kedai dan berehat.
Selain itu, Manu mendapati terdapat banyak destinasi menarik dan cantik di Malaysia, namun dia juga mengatakan bahawa ramai yang tidak menyedari tentang hakikat ini kerana ramai yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon dan juga internet.
Menurutnya lagi, perjalanan terakhirnya merupakan antara yang paling sukar kerana jarak yang harus ditempuh adalah kira-kira 53 kilometer lagi dan menurut perkongsian, dia menggunakan jalan lama yang kini sudah kurang digunakan dan ada kalanya perjalanannya itu merentasi ladang kelapa sawit.
Now I had to conserve my phone battery, but I did reach Mantin and realized that I had made a mistake.
There are no hotels in Mantin. I had nowhere to stay for the night, and it was already 9pm.
Seremban was almost 5 hours away.
Old, dark road. Jungles.
I kept walking. pic.twitter.com/dLlPeyme3h
— Menara Kajang (@r00dran) November 15, 2023
Setelah 170 jam berjalan kaki, Manu berjaya menghabiskan perjalanan dari Damansara Utama ke A Famosa di Melaka dan menurutnya, dia melakukan semua ini kerana ingin mencari ‘angin baru’ dalam kehidupan selain ingin reset semula pemikirannya.
Tambahnya, sekiranya dia berjaya berjalan kaki pastinya dia mampu melakukan perkara lain dan sejauh mana dia mampu melakukan perkara tersebut. Hanya ada satu cara untuk mengetahui perkara tersebut, terus buat!
Sumber : X