Viral dan kecoh di media sosial dengan kes seorang lelaki yang cuba untuk membunuh diri di KLCC, semalam. Banyak juga netizen yang berada dekat tempat kejadian merakam aksi berbahaya yang cuba dilakukan lelaki tersebut. Tengok rakaman video ni pun admin dah rasa gayat!
Sumber: Twitter
Ditinggalkan kekasih
Khabar yang admin dapat, dia buat tindakan macam tu sebab ditinggalkan kekasih dan bertambah malang, dia diburu serta diugut bunuh oleh sekumpulan samseng dan telah membuat laporan polis namun tiada sebarang tindakan diambil. Aduh!
Alhamdulillah, dengan kecekapan anggota bomba, dia telah berjaya diselamatkan!
Komen lancang dari netizen
Tapi… Haa ni admin nak highlightkan sekarang. Sususlan dari kes orang nak bunuh diri ni, ada pula komen-komen netizen yang agak lancang dan tidak fikir langsung dengan apa yang dia lemparkan dekat komen di media sosial.
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sangat-sangat biadap admin rasa, sedih pun ada. Kenapa la masyarakat sekarang jenis tak bertimbang rasa, mungkin kita tak ada dekat tempat dia dan setiap tekanan hidup manusia berbeza. Ada orang rasa dia boleh atasi, ada yang tak boleh, kita cuba tolong or atleast doa je yang baik-baik dan bukan tanya “dah mati ke belum”. Aduh, dimana la adab kita semua ni?
Sumber: Twitter
Nasib baik masih ada netizen yang positif dalam hal yang macam ni. Pelik betul, benda yang melibatkan nyawa macam ni pun masih ada yang buat bahan lawak. Admin harap masyarakat Malaysia ni ubah cara berfikiran agar lebih positif dan peka dengan perkara macam ni! Ok!
Baca: “Terjun Je Lah Cepat!” – Orang Ramai Bersorak ‘Excited’ Tengok Gadis Ini Bunuh Diri