in

Lelaki Muslim Muntah Berhari-hari Lepas Termakan Burger Babi, Trauma Sampai 3 Hari Susah Makan

3bk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki beragama Islam di London mengalami trauma teruk selepas termakan burger yang mengandungi babi.

Screenshot 2022 01 29 at 12.27.02 PMGundogdu Yuzudik yang memesan makanan dari Burger King telah memaklumkan kepada pekerja restoran untuk tidak meletakkan sebarang daging babi (bacon) ke dalam pesanannya. Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Stansted itu menyebabkan Yuzudik muntah berhari-hari.

Screenshot 2022 01 29 at 12.26.55 PM

Memetik laporan LadBible, Yuzudik mendapati banyak daging babi selepas gigitan pertama. Umum mengetahui, seseorang yang beragama Islam tidak boleh memakan daging daripada babi dan larangan ini turut terpakai kepada Yuzudik yang selama 22 tahun berjaya mengelak dari termakannya.


Selepas kejadian itu, Yuzudik turut mengalami kesakitan fizikal dan mental kerana hilang selera makan selama tiga hari. Berkata kepada sumber, Yuzudik yang kelaparan selama tiga hari tidak boleh makan sebarang makanan kerana beliau akan termuntah selepas itu.

Screenshot 2022 01 29 at 12.33.13 PM

Beliau turut berkata yang beliau tidak mempunyai selera makan mengenangkan daging babi yang digigitnya itu. Apa juga makanan yang beliau makan dalam tempoh 3 hari itu, beliau akan memikirkan daging babi.

Pada hari pertama selepas kejadian, Yuzudik langsung tidak menjamah sebarang makanan, namun beliau mula makan pada hari ketiga.

Yuzudik turut membuat laporan kepada Burger King berkenaan insiden itu. Pihak Burger King memberikan respon untuk melatih semula pekerjanya dan memohon maaf atas perbuatan mereka.

Baca: “Kami akan lakukan siasatan” – Sushi Jiro Tampil Beri Keterangan, Tepis Dakwaan Ada Jual Daging Babi?

Screenshot 2022 01 29 at 12.30.00 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.