in

Lelaki Meraung Dapat Berita Ibu Meninggal Dunia, Pesan Jangan ‘Silent’ Telefon Ketika Kerja

Call 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu ketakutan yang akan hadapi oleh kita semua apabila mendapat berita kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya. Lebih memilukan, insan tersebut merupakan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa.

Satu video yang dikongsi oleh @ebytaksalah di TikTok, memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) situasi dirinya ketika mendapat berita sedih ibu kandungnya telah meninggal dunia.


Call 5
Sumber: tiktok

Telefon sedang caj, ibu telefon banyak kali

Ketika itu, dia sedang sibuk bekerja menggunakan telefon syarikat di dalam pejabat sementara telefon miliknya sedang dicaj. Tiba-tiba, rakan sekerja yang dipanggil Abang Man memberitahu ibu jagaannya telah membuat panggilan beberapa kali.

Artikel berkaitan: “Marah kat abah ka?” – Lelaki Kenang Momen Terakhir Dengan Arwah Bapa, Sempat Jaga Sebelum ‘Pergi’

Artikel berkaitan: “Kami tak henti cari Hafiz” – Remaja Hilang Ditemui Meninggal Dunia, Sahabat Tangisi Pemergian Arwah

Abang Man pas phone kata “Ibu awak call banyak kali dari tadi lagi..”

Dia bagaimanapun, terus menyimpan telefon syarikat dan menghubungi ibu jagaannya semula. Luluh hati apabila mendapat berita sedih ibu kandungnya telah pergi buat selama-lamanya.

Ibu tak kuat nak cakap, tapi anak ibu (ibu jagaan) kuat kan? Ibu nak bagitahu yang Umi (ibu kandung) dah takda..

Call 7
Sumber: tiktok

Terkedu dengan berita itu, lelaki tersebut masuk semula ke dalam pejabat lalu menangis dan terduduk sambil ditenangkan oleh penyelianya.

Telefon person in charge, minta penyelia tolong cakapkan nak ambil emergency leave. Nak cakap sendiri memang tak terkeluar apa-apa perkataan dari mulut sendiri.

@ebytaksalah

al-fatihah buat syurga saya 🤲🏻 walau tidak dibesarkan oleh mak kandung , arwah tetap syurga saya 🙂

♬ original sound – Abang Nasyid – Abang Nasyid

“Jangan silent phone”

Dia yang tinggal berjauhan dengan keluarga turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak menukar mod telefon dalam keadaan ‘senyap’ ketika sedang bekerja ataupun ‘Do Not Disturb’.

Call 1

Meninjau ke ruangan komen, lelaki itu berkata ‘Umi’ adalah ibu kandungnya, manakala ‘Ibu’ adalah insan yang telah menjaganya sejak bayi.

Call 4

Call 2 Call 3

Allahu.. sedih min tengok video tu.. moga awak kuat ya

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.