Menjadi trend pada masa kini dimana kebanyakan masyarakat terutamanya di Malaysia yang suka mengejar status sosial dengan membeli barangan mewah untuk ditunjukkan di media sosial.
Ada segelintir daripada kita hanya mengendahkan pendapatan sebenarnya walaupun tahu mereka bakal menghadapi ‘kekeringan’ di pertengahan bulan.
Terjalak perahu tak boleh diundur
Seperti yang berlaku baru-baru ini tular di media sosial iaitu situasi mengenai seorang lelaki yang menyesal kerana membuat pinjaman telefon selama tiga tahun.
Hantaran tersebut telah dikongsi di laman Facebook Amirul Shafiq dimana dia berkongsi berkenaan penyewanya yang dikatakan sudah terlajak perahu atas tindakannya.
“Penyewa saya, semalam dia nak jumpa dan saya luangkan masa 5 minit.. katanya dah terlajak perahu.”
Buat ‘loan’ beli telefon mewah
Penyewa tersebut menceritakan bebanan yang dia hadapi kepada Shafiq mengenai loan yang telah dibuat olehnya baru-baru ini.
Dia juga menunjukkan sepucuk surat yang terkandung perjanjian pinjaman. Pada mulanya, Shafiq ingat bahawa surat itu adalah surat pinjaman motosikal namun selepas dibacanya keseluruhan surat itu, rupanya surat untuk pinjaman telefon berjenama mewah.
“Dia rasa terbeban dengan loan ni. Mulanya dia tunjuk surat saya fikir loan motosikal. Baca punya baca rupanya loan telefon buah epal.”
Baru dua bulan bayar dah rasa terbeban
Dia juga mengatakan kepada Shafiq bahawa dia rasa tidak berbaloi membuat pinjaman ini selepas membuat perkiraan semula. Difahamkan juga, dia baru sahaja membayar pinjaman tersebut dua bulan dan masih ada baki dalam beberapa tahun lagi.
“Katanya macam tak berbaloi bila kira-kira balik. Baru 2 bulan, masih berbaki 34 bulan bersamaan 2 tahun 10 bulan lagi. Entah apa dalam fikiran dia masa mula terfikir-fikir nak buat loan ni.”
“Kalau dia jumpa saya dulu, confirm saya cakap tak payah.”
Mereka tak jual telefon tapi gaya hidup
Shafiq juga mendakwa syarikat pinjaman tersebut bukannya menjual telefon tetapi menjual gaya hidup yang mewah dimana status tersebut tidaklah murah untuk dikecapi.
“Syarikat tu bukan jual telefon. Mereka jual gaya hidup dan gaya hidup yang ada ‘status selalunya tak murah.”
“Dia tanya apa penyelesaian. Entah saya pun tak tahu sebab saya tak pernah study loan macam ni. Mungkin ada kawan-kawan dalam ni (Facebook) boleh bagi penyelesaian kepada kekusutan yang melanda dia ini.”
Shafiq juga turut meluahkan rasa kesian kepada penyewanya kerana telah terjerat dengan pinjaman yang membebankan kehidupannya. Kena bayar sampai 3 tahun weh!
“Biar papa asalkan bergaya” – netizen
Hantaran itu meraih perhatian netizen dimana rata-rata daripada mereka menegur tindakan penyewa tersebut yang tidak dapat mengawal nafsu untuk mengejar kemewahan tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Semoga boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. Berbelanja itu beringat-ingatlah takut nanti hujung-hujung menyesal yang tak berguna.
Baca: Ibu Bapa Minta Anak Buat ‘Loan’ RM50k Untuk Balas Jasa Mereka, Luahan Ini Buat Ramai Simpati