in

Lelaki Menjerit & Dirasuk Jam 4 Pagi, Penduduk Panggil Polis Untuk Bantu Halau Hantu

f1 polis halau hantu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya, jika berlaku kejadian diganggu hantu atau dirasuk makhluk halus, sudah semestinya kita akan memanggil pengamal perubatan Islam atau ustaz yang bertauliah untuk membantu kita. Ada juga yang panggil tok bomoh kan.

Namun, di Pattaya, Thailand pula, penduduk di sana telah meminta bantuan dari pihak polis untuk membantu seorang lelaki yang menjerit dan berkelakuan pelik seperti dirasuk baru-baru ini.


3 1

Kejadian bermula apabila seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba telah menjerit dan melakukan pergerakan aneh seakan dirasuk di tempat awam di Pattaya sehingga mengganggu ketenteraman awam pada jam empat pagi.

Penduduk berdekatan kemudiannya telah memutuskan untuk menghubungi pihak polis untuk menyelesaikan gangguan tersebut.

4 1

Memetik laporan The Pattaya News, apabila polis tiba di lokasi tersebut, polis berkenaan terus memulakan upacara mengusir syaitan atau exorcism dengan membanca manter dan merenjis air suci pada lelaki terbabit.

Artikel Berkaitan: Ini 4 Kisah Seram Yang Benar-Benar Berlaku Sehingga Masuk Berita, Meremang Weh!

Artikel Berkaitan: The Nun 2: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang ‘The Return of Valak’!

Tak lama kemudian, keadaan lelaki itu bertukar tenang namun tak dapat dipastikan adakah polis terbabit memang ada pengalaman mengusir hantu.

Setelah disoal siasat, lelaki tersebut berkena dia takut kerana diganggu oleh hantu seorang perempuan.

Sumber: The Pattaya News

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.