Tular satu video memperlihatkan seorang lelaki mengamuk memarahi peniaga Char Kuey Teow sehingga mencetuskan kekecohan saat peniaga gerai tersebut sedang menyediakan hidangan makanan.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 5 Julai lepas kira-kira jam 7 petang. Difahamkan lelaki tersebut berang kerana pertanyaannya diabaikan oleh peniaga setelah lelaki tersebut mahu mengenal pasti makanan miliknya.
Artikel berkaitan : Kecewa Melaka Floating Market Sendu Sebab Tak Banyak Gerai Buka, Ini Alasan Pihak Pengurusan
Artikel berkaitan : Disyaki Pukul Lelaki OKU Kes Langgar Gerai Di Pasar Tani, 3 Individu Ditahan
“Lelaki itu kemudian menengking salah seorang peniaga sebelum menamparnya. Salah seorang peniaga lain menegaskan untuk menelefon polis dan lelaki itu mencabarnya untuk melakukan perkara sedemikian, dia kemudiannya melempar kuali gerai itu.”
Memetik laporan Sinar Harian, polis telah mengesahkan bahawa mereka menerima satu laporan berhubung dengan insiden yang berlaku di Jalan New Lane, Pulau Pinang itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, laporan itu diterima pada 6 Julai lalu daripada seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang merupakan anak kepada pemilik gerai terbabit.
“Kejadian berlaku pada 5 Julai kira-kira jam 7 malam ketika lelaki tersebut dan keluarganya sedang berniaga makanan di gerai berkenaan. Mereka telah diganggu oleh seorang lelaki tempatan yang bertindak agresif.”
Tambah beliau, siasatan polis bagaimanapun mendapati bahawa kes itu telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL) apabila suspek telah tampil memohon maaf.
“Lelaki tersebut memaklumkan tidak mahu meneruskan kes memandangkan tiada sebarang kecederaan atau kerugian dialami oleh mereka. Dia juga telah memaafkan suspek.”
Harap lepas ni dapat lah belajar untuk kawal emosi.
Sumber : Facebook, Sinar Harian