in

Lelaki Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Selepas Ditegur Buat Bising

pemandu mabuk buat bising

Isu pemandu mabuk dilihat tiada penghujungnya. Semalam, sekali lagi ada yang menjadi mangsa akibat sikap pentingkan diri mereka.

Seorang lelaki maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam kejadian awal pagi kelmarin di Melaka, lapor Harian Metro.

Mangsa merupakan seorang pesara berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia pada semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, akibat pendarahan dalaman, selain kecederaan pada badan dan kaki.

a1891219 40ea 4873 b59d 7682269432cc 1024x768 1

Menurut anak mangsa, sebelum kejadian sekitar 12 tengah malam, dia terlihat dua lelaki berkenaan sedang minum arak di dalam sebuah kereta di belakang sebuah restoran di Plaza Pandan Malim.

Bapa cuma tegur sebab muzik kuat

Mereka berdua terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi muzik yang membingitkan dari kawasan parkir. Bapanya kemudian pergi menegur mereka dengan baik sebelum kedua-dua lelaki terbabit beredar.

Namun kira-kira 10 minit kemudian, mereka kembali semula dengan memasang bunyi muzik yang lebih kuat sebelum beredar.

“Baru saja hendak baring, mereka sekali lagi datang membuat bising beberapa minit selepas itu membuatkan saya dan bapa keluar untuk meminta mereka beredar,” katanya.

Ujarnya, secara tiba-tiba kereta yang dipandu mereka cuba merempuhnya tetapi sempat mengelak. Bapanya bagaimanapun tidak sempat dan hanya mampu berpaut di atas bonet hadapan dan terseret sejuah 20 meter ke arah belakang kedai.

Bapanya dilaporkan terjatuh dan mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terhantuk pada tebing batu longkang. Manakala kedua-dua pemandu itu terus memecut melarikan diri.

Disebabkan kejadian berlaku awal pagi, tiada jiran yang menyedari kejadian tersebut.

Difahamkan, pihak polis berjaya menahan seorang suspek berusia 28 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Manakala seorang lagi suspek berusia 27 tahun masih diburu polis.

Baca: Caprice ‘Sound’ Menteri Isu Filem ‘Mentega Terbang’, Promosi Unsur Bercanggah Dengan Islam

mentega terbang filem