in

Lelaki Malaysia Kantoi Dalam CCTV Cuba Curi Duit & Kad Bank Di Jepun

syaz ft 2025 02 18T123711.971

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Malaysia sekali lagi menjadi bualan ramai apabila terdapat satu kes di mana seorang warga Malaysia didapati melakukan cubaan mencuri di Jepun.

Seorang pengajar sambilan ditahan kerana mencuri barang berharga semasa latihan di sebuah kelab bola keranjang di Kota Takatsuki, Wilayah Osaka.


Artikel berkaitan: “Nak test lembut ke tak” –  Wanita Jepun Ditahan Polis Lepas Picit Roti Tapi Tak Beli!

Artikel berkaitan: Menyamai Saiz Kolam Renang, Seorang Pemandu Trak Berusia 74 Tahun Jadi Mangsa ‘Sinkhole’ Di Jepun

Tindakan lelaki berkenaan terdedah melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana dia dilihat sedang menyelongkar beg mereka yang sedang bermain bola keranjang.

Menurut pihak polis, lelaki itu ditahan kerana disyaki mencuri kad kredit dan wang tunai, suspek dikenali Wong Ka Fei berusia 26 tahun, seorang pengajar sekolah rendah sambilan warganegara Malaysia.

Difahamkan, suspek itu menggunakan nama Jepun dan mengambil bahagian dalam bola keranjang buat kali pertama.

“Beberapa puluh ribu yen dalam bentuk tunai dan salah guna kad kredit, jumlah yang disahkan adalah kira-kira 1 juta yen (RM 29,250),” kata mangsa.

Dalam pada itu, di aplikasi X rata-rata penduduk tempatan berang dengan tindakan lelaki Malaysia berkenaan, malah ada yang meminta agar suspek itu dibuang daripada Jepun.

clipboard0 vert

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan berkenaan hukuman yang bakal dijatuhkan kepada rakyat Malaysia itu.

Sumber: Asahi.co, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.