in

Lelaki Kongsi Cerita ‘Seram’ Pergi Open House Rumah Teman Wanita, Rupanya Ada Plot Twist…

Pergi Rumah Teman Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Syawal pun dah berakhir tetapi hujung minggu lepas masih ada lagi individu yang sempat membuat open house Raya bagi meraikan keluarga dan sahabat taulan.

Pun begitu, bagi korang yang mempunyai kekasih hati, pasti korang telah dijemput untuk menghadiri rumah terbuka keluarga pasangan masing-masing.


Namun bagi seorang individu ini, dia menerusi posting NGL di X Detik Seram ada dikongsikan pengalaman pelik dan kononnya menyeramkan yang dilaluinya semasa berkunjung ke rumah terbuka teman wanitanya.

Artikel berkaitan: Bawa Daging Mentah, Pemuda Kongsi Detik Seram ‘Diperhatikan’ Masa Solo Camping

Artikel berkaitan: “Rambut pontianak penuh kereta” – TikToker Kongsi Kisah Seram Lalu Highway WCE Ketika Balik Dari Raya

“Keluarga cult” 

Menerusi perkongsian lelaki itu, dia telah mengenali teman wanitanya ini pada awal 2024 dan diajak untuk ke rumah terbuka kekasihnya itu yang terletak di sebuah negeri yang dikatakan kerap sesak setiap kali musim perayaan.

Perjalanan ke rumah kekasihnya itu juga dikatakan agak menyeramkan kerana kawasannya yang agak dalam.

Setibanya di rumah gadis itu yang digambarkan sebagai rumah banglo besar seakan-akan dalam filem thriller-seram Get Out, orang yang ada di situ katanya bercakap-cakap dalam nada berbisik dan suara mereka juga tidak kedengaran walaupun ramai.

Bayangkan waktu dia kenalkan aku dekat mak ayah dia, dia tak cakap “umi abah ni dia sekian-sekian” tidak.

“Tapi dia pandang mak ayah dia, lepas tu pandang aku, lepas tu mak ayah dia angguk dan (dia) pun angguk sambil senyum. 

“Dia suruh aku makan tapi dia bisik dekat telinga aku dia cakap “makan”,” tulisnya.

Malah menurutnya lagi, apa yang lebih pelik menu makanan di open house itu hanyalah sate semata-mata dan tiada makanan lain.

Disebabkan situasi itu membuatkannya berasa seram, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah teman wanitanya itu dengan memberi alasan untuk mengambil gift di dalam kereta.

Katanya lagi, kerana terlalu takut dia terpaksa berpindah rumah dan block gadis itu di semua media sosial.

“Tah*lah ex aku tu tambah-tambah cerita” 

Namun agak mengejutkan apabila NGL tersebut mendapat balasan daripada teman wanitanya yang menafikan apa yang dikatakan lelaki itu.

Menurutnya, dia tinggal di Bachok, Kelantan dan rumahnya hanya 100 meter dari jalan besar.

Pastu dah dia sampai lambat open house aku, memanglah tinggal sate je. Tu pun baru tambah order. Lepas tu mana ada semua orang bisik-bisik, punyalah riuh rendah. 

“Dia yang tak faham cakap Kelantan duk tanya aku, pastu reka bisik-bisik pulak,” jawabnya.

Posting berkenaan mendapat perhatian netizen yang pada mulanya berasa seram dengan apa yang diceritakan lelaki itu, namun agak terkejut dengan respon gadis yang mendakwa sebagai teman wanitanya.

Apa-apapun, boleh jadi cerita ni rekaan semata-mata jadi korang janganlah serius sangat.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.