in

Lelaki Kongsi Cara Istiqamah Solat Subuh Berjemaah Tanpa ‘Miss’ Selama Dua Tahun

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, #GengSubuhMacamJumaat yang diterajui pelakon dan penyanyi Malaysia, Alif Satar mendapat sambutan hangat oleh orang ramai. Tujuaannya adalah untuk menggalakkan umat Islam untuk tunaikan solat Subuh berjemaah di masjid atau surau seperti solat Jumaat mingguan.

Sudah tentu, benda baik memang senang menjadi ikutan dan dicontohi masyarakat. Berikutan tu, ramai pengguna media sosial mula berkongsi pengalaman dan cara dorang mengerjakan Subuh secara berjemaah.


Ini termasuklah sorang pengguna X yang dikenali sebagai @faizedzahar, dia berkongsi cara dia konsisten tunaikan solat Subuh berjemaah sehingga tak pernah miss selama dua tahun walaupun kadang-kadang dia sedang sakit badan atau tengah bercuti.

Aar78366

Artikel berkaitan: Gerakan #GengSubuhMacamJumaat Dapat Sambutan Hangat, Pempengaruh Dari Singapura Nak Ikut Sama

Artikel berkaitan: Lebih 3 Ribu Jemaah Hadir, Lelaki Kongsi Pengalaman Subuh Berjemaah & ‘Fun Run’ Bersama Alif Satar

Menurutnya, dua tahun yang lalu, ada satu pertanyaan dari isterinya yang buat dia terjentik hati untuk tunaikan solat secara berjemaah.

“Abang tak nak solat jemaah dekat masjid atau surau ke?”

Jawabnya ketika itu, dia akan pergi berbuat demikian jika ada masa terluang. Namun begitu, nasihat dari isterinya membuatkan dia terpaksa menelan kepedihan nasihat tu.

Kata isterinya, banyak kemudahan Allah telah berikan untuk pergi berjemaah di surau ataupun masjid berdekatan.

“Kereta ada dua, motor pun ada dua. Kalau nak jalan kaki pun boleh sebab surau tak jauh mana. Pergi berjalan merata elok pula.”

Waktu itulah dia tersedar dengan kata-kata isterinya itu. Jadi, dia berikhtiar untuk mulakan misi solat subuh berjemaahnya di surau.

Istockphoto 1135136516 612X612 1

Pada awalnya, memang agak sukar untuk dia gagahkan diri ke surau disebabkan waktu awal pagi yang sejuk yang memang sesuai untuk tidur. Akan tetapi, dia tetap tekad untuk tunaikan Subuh berjemaah tanpa pernah miss sehingga hari ini.

Baginya, jika diri sendiri tak berkemahuan untuk mula dulu, sampai bila-bilalah kita akan kekal sama je.

Tambahnya lagi, dia juga menasihati orang ramai untuk mulakan solat berjemaah pada waktu Subuh kerana itu merupakan waktu paling terluang daripada urusan dunia.

“Bila dah mula Subuh berjemaah, lama-lama nanti mesti nak jemaah juga pada waktu solat yang lain. Kalau tak jemaah, kosong rasanya.”

Jadi, sama-sama kita berubah untuk menjadi Muslim yang lebih baik demi agama dan Allah SWT. 

Sumber: X

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.