Isteri mana yang tahan melihat suaminya khayal dengan pil kuda di hadapan anaknya sendiri. Namun begitulah yang dilalui Liza (bukan nama sebenar) dalam kehidupan sehariannya.
Menurut temubual bersama Awani, perkahwinannya yang berusia lebih dari satu dekad itu kini tiada makna sejak suaminya ketagih dadah berbahaya itu.
Liza meluahkan bahawa dia sudah tidak tahan lagi dengan perbuatan suaminya yang tergamak mengambil pil kuda di depan anak-anak tanpa ada perasaan belas kasihan.
Pasangan itu mempunyai empat orang anak berusia 14, 8, 5 dan satu tahun. Kesemua mereka bertungkus lumus mencari rezeki hasil jualan barangan lusuh dan terpakai. Kadangkala hasil jualan kotak dan besi buruk juga menjadi punca pendapatan harian mereka.
p
Suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap hanya menghabiskan wang hasil titik peluh mereka dan mengugut untuk memukul Liza jika tidak memberikannya wang untuk membeli dadah.
Menurut Liza, dia hanya berharap suaminya ditangkap dan memberitahu bahawa dia yakin mampu untuk menyara anak-anaknya sendiri tanpa bantuan lelaki itu.
“Saya mampu bagi makan anak-anak dengan kutip sampah. Biarlah dia (suami) ditangkap. Jangan dia jadi contoh tidak elok kepada anak-anak.”
Betul tu. Kalau tidak, takut anak-anak pun turut terjebak sekali.
Baca: Kanak-kanak Tidak Terurus Dijumpai Menangis Disamping Ibu Terbaring Akibat Khayal Dadah