in

“Lelaki itu rakan baik saya sendiri” – Baim Wong Dedah Punca Fail Cerai Terhadap Isteri

Baim Wong Isteri Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Spekulasi pergolakan rumah tangga Baim Wong terjawab selepas pelakon terkenal Indonesia itu dilaporkan menfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa.

Terbaharu, Baim dalam satu sidang media bersama peguamnya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap isterinya.


Baim yang gagal menahan air mata mendedahkan salah satu punca dia memfailkan perceraian itu mendakwa isterinya telah berlaku curang dengan lelaki lain dan lelaki itu juga merupakan rakan baiknya sendiri.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Tersentuh Tengok Baim Wong Bantu ‘Repair Aircond’ Kereta Pakcik Di Langkawi, Siap Belanja Makan!

Artikel berkaitan: Pernah Jadi Idola Ramai, Bekas Peminat Jelaskan 5 Isu Problematic Libatkan Baim Wong

G J A Jarang Terlihat Bersama 8 Potret Rumah Tangga Baim Wong Dan Paula Verhoeven Yang Diisukan Retak P Baim Wong Dan Paula Verhoeven 20240620 001 Non Fotografer Kly

 

“Sebenarnya posisi saya agak sulit. Saya memang dikhianati dengan dua orang terdekat saya, dari pihak perempuan dan juga lelaki. Dan lelaki itu adalah rakan baik saya sendiri,” katanya.

Baim mengaku sudah cuba mempertahankan rumah tangganya selama setahun dan memaafkan perbuatan serta kecurangan Paula demi dua anak mereka.

“Saya selama ini cuma menahan selama setahun kerana anak-anak saya. Saya terus terang cakap saya tidak tahu ada apa di antara mereka.

“Cuma saya tahu sudah tidak ada kejujuran lagi selama satu tahun kebelakangan ini. Saya sendiri tidak percaya dan cuba menyelamatkan rumah tangga tapi tidak berhasil,” katanya lagi.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi topik hangat netizen apabila melihat Paula menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran suami.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 November 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.

Sumber: X, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.