Satu masalah yang sering menjadi topik perbincangan setiap kali kita keluar makan dengan member ialah nak makan kat mana atau nak makan apa. Kalau tak fikir awal-awal, memang akan mengambil masa yang lama.
Namun, lelaki ini pula telah menggunakan kebolehannya dalam bidang kejuruteraan perisian untuk mencipta sebuah perisian komputer khas buat teman wanitanya agar masalah tersebut dapat diselesaikan.
Memetik laporan daripada Mirror, lelaki yang dikenali sebagai Aagam Badecha mendapat idea untuk mencipta program itu sebab teman wanitanya itu selalu ambil masa yang lama untuk decide nak makan apa.
Jadi, jejaka itu kemudiannya menghadiahkan program komputer itu kepada Christine Sun sempena ulang tahun hubungan mereka. Sekarang, mereka boleh pilih restoran mana yang diinginkan dalam masa 10 saat je!
Christine yang pada mulanya berkongsi video perisian tersebut di TikToknya, christinesunn_ baru-baru ini dan sehingga kini, video tersebut telah tular di platform tersebut dengan 3.8 juta tontonan.
@christinesunn_ tell me you’re dating a software engineer without telling me you’re dating a software engineer #greenscreen #fyp
Dalam video terbabit, dapat dilihat yang cara mereka guna perisian tu pun senang, macam main online game je. Program tersebut dikatakan bukan sahaja bantu pasangan ini, malah ada juga rakan-rakan Christine yang turut meminjam perisian itu untuk pilih restoran.
Jejaka yang berusia 21 tahun itu pula menyifatkan perisian itu merupakan hadiah istimewa untuk teman wanitanya.
Function jugak kalau ada app macam ni kat Malaysia kan, boleh jimat masa kita untuk pilih nak makan apa.
Sumber: Mirror, TikTok @christinesunn_