Niat seorang lelaki untuk mencuri seutas rantai emas bernilai RM30,000 di sebuah kedai emas di Paka, Terengganu, beberapa hari lalu gagal apabila dia terperangkap di pintu automatik premis berkenaan.
Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 33 tahun itu dipercayai memasuki kedai emas terbabit dengan memakai pelitup muka dan kopiah sebelum berpura-pura melihat barangan kemas.
Difahamkan, suspek meminta pekerja kedai mengeluarkan seutas rantai emas kononnya untuk dibeli, sebelum secara tiba-tiba melarikan barangan tersebut dan cuba melarikan diri.
@utusanmelayuplusofficial Katanya suspek ditangkap ketika cuba larikan rantai tangan di sebuah kedai emas dekat Paka, Terengganu, semalam. Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi daripada pihak polis setakat ini dan maklumat lanjut akan dikemaskini. #trendingnewsmalaysia #fyp #duitpalsu RM30,000
♬ Terror, horror, tragedy, lore, story BGM(809613) – Notzan ACT
Artikel Berkaitan: Macam Dalam Filem, Ini Bagaimana Muzium Louvre Di Paris Boleh Dirompak Dalam Masa 4 Minit
Artikel Berkaitan: Lufthansa Heist: Kisah Disebalik Rompakan Filem ‘Goodfellas’, Berjaya Curi US$6 Juta Dari Lapangan Terbang New York
Namun, tindakannya yang mahu melarikan diri bersama barang kemas itu tidak berjaya kerana pekerja kedai emas itu terus bertindak mengunci pintu automatik kedai itu.
Seorang pelanggan kedai itu pula kemudiannya menangkap suspek sebelum menghubungi pihak polis.
Suspek yang telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Dungun telah ditahan reman sehingga esok (Ahad0 untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro
