in

Lelaki ‘Eksiden’ Waktu Cuba Lari Dari Roadblock Polis, Rupa-rupanya Nak Pergi Menyamun

FEAT PECAH FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini berlakunya kejadian yang tidak disangka-sangka apabila seorang lelaki mengalami kemalangan setelah cuba untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Lapor Harian Metro, lelaki berkenaan gagal dalam cubaan untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di persimpangan Jalan Klang Lama.


 

Terbabas sendiri

Menurut ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Petaling telah menjalankan Operasi Pintu di sekitar kawasan berkenaan.

Menurutnya lagi, mereka bertindak untuk menahan lelaki berkenaan yang sedang menunggang motosikal dalam keadaan yang mencurigakan pada pukul 4.30 petang.

Walau bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri dengan motosikal ketika pemeriksaan dilakukan. Namun, gagal setelah dia berjaya ditahan selepas motosikal ditunggangnya itu terbabas sendiri di persimpangan jalan.

 

Pelbagai peralatan menyamun dalam beg

Apa yang lebih mengejutkan, pihak polis telah menemui beberapa senjata tajam dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah di dalam beg milik lelaki tersebut.

Antara barang yang dirampas termasuklah satu pisau, satu lampu suluh, lima pemutar skru, dua batang besi yang diubah suai, satu parang bersarung, satu tukul kuku kambing, satu set spanar, satu pemotong dawai besi, satu pahat, satu test pen dan serangkai anak kunci bersama alat kawalan jauh.

FEAT ALATAN PECAH

Dah ala-ala Mission Impossible pulak. 

Menurut polis lagi, suspek mengaku terbabit dengan beberapa kes pecah rumah di kawasan sekitar daerah ini. Selain itu, suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

Suspek telah pun direman selama empat hari bermula kelmarin sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 atas kesalahan memiliki senjata serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Orang awam tidak boleh sewenang-wenangnya membawa atau memiliki sebarang jenis senjata berbahaya kerana boleh disabitkan kesalahan mengikut undang-undang.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. 

Baca: “Habis kena langgar” Serpihan Daging Di Lebuhraya Dipercayai Milik Suspek Kes Pecah Rumah

BACA PECAH RUMAH

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.