Takde kerja lain ke nak buat?! Waktu siang pun orang dah berani buat jahat sekarang ni…
Baru-baru ini seorang gadis kongsi pengalamannya di Facebook apabila dia berdepan dengan lelaki miang di tempat letak kereta ketika sedang membeli belah di AEON Cheras Selatan.
“Saya pergi ke AEON di Balakong hari ini tetapi saya tersedar beg tertinggal di dalam kereta. Jadi saya berpatah balik ke kereta untuk mengambil beg sebelum menyedari seorang lelaki kelihatan mencurigakan dan mengekori saya. Saya berhenti dan bertanya, ‘Apa awak mahu?’ Dia kemudian terus berlari ke arah saya dan memegang punggung saya.”
“Terkejut, saya terus berlari sambil menjerit meminta tolong dan hubungi teman lelaki untuk datang menyelamatkan saya. Saya fikir, saya sudah jauh daripadanya tetapi apabila saya toleh ke belakang, lelaki miang itu sedang berdiri di belakang saya dan mahu mengangkat saya tetapi tidak berjaya.”
Gadis itu turut menceritakan bagaimana lelaki tersebut tidak berhenti berbuat sedemikian, malah turut menarik jaket yang dipakainya. Dia kemudian berjaya melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu dan berlari ke arah teman lelakinya. Rupa-rupanya, rakannya turut menjadi mangsa kepada lelaki berkenaan.
Mereka kemudian segera memberitahu pengawal keselamatan pusat membeli belah itu dan membuat laporan polis. Pihak polis kemudian berjaya menahan lelaki tersebut ketika dia sedang mengintai di sekitar kawasan parkir. Nak cari mangsa lain lah tu!
Melalui video yang dimuat naik di Facebook, lelaki itu dilihat seperti sudah dikasari selepas menyerang mangsa memandangkan dia dirakam sedang terbaring di atas lantai dengan hidungnya berlumuran darah. Apabila ditanya pihak polis mengapa dia mencabul wanita tersebut, dia hanya menjawab ‘tidak tahu’.
Netizen membuat andaian bahawa dia mungkin mengalami sakit mental atau sedang dalam pengaruh dadah.
Haishhh, better elok elok lah gadis gadis semua. Jangan berseorangan, walaupun waktu siang.
Baca: Lelaki Ditangkap Kerana Mencabul di Bulan Ramadan Sebelum Dikasari Oleh Sekumpulan Lelaki