in

Lelaki Dihukum Penjara 12 Bulan Kerana Cantas 50 Bendera Parti Politik

cantas bendera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemasangan bendera parti politik serta kain rentang sudah menjadi tradisi menjelang pilihan raya umum (PRU), ianya biasa dipasang di seluruh negara termasuklah di bahu-bahu jalan dan tiang-tiang lampu.

Ia merupakan salah satu bentuk kempen yang tradisional sejak adanya PRU di negara kita.


Pun begitu, baru-baru ini seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan kerana mencantas bendera yang dipasang untuk tujuan kempen itu.

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh Burhanuddin Hussain mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat itu dengan mencantas 50 batang bendera parti politik pada 14 November lalu.

cntsbndra

Hukuman tersebut diberikan kepada tertuduh kerana gagal membayar denda RM 4,500, difahamkan dia didakwa melakukan perkara itu di tepi jalan Kampung Alor Parit, Jalan Bukit Raya, Pendang dan perbuatannya itu telah menyebabkan kerugian sebanyak RM1,600.

Peguam Siti Sabirah Ramli itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada anak guamnya kerana tertuduh ialah duda yang hanya berpendapatan RM1,200 sebulan dan perlu menyara anak perempuan berusia 17 tahun serta ibunya yang berusia 77 tahun.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan hukuman denda RM4,500 atau penjara 12 bulan, jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Namun, tertuduh gagal membayar denda berkenaan dan dia akan dihantar ke Penjara Pokok Sena bagi menjalani hukuman penjara.

Baca: Lagi 2 Hari Nak PRU15, Klang & Shah Alam Kini Ditenggelami Air Setinggi 2 Kaki

Banjir Di Klang Shah Alam

 

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.