Ramai yang mengetahui bahawa negara India kini sedang berdepan dengan gelombang kedua pandemik COVID-19 yang menyaksikan ratusan ribu kes baharu dilaporkan setiap hari dan kematian juga mencecah empat angka.

Lapor The Star, setakat semalam, 29 Mei 2021, India melaporkan sebanyak 173,790 kes baharu jangkitan COVID-19 di negara itu dalam tempoh 24 jam. Pun begitu, angka terbabit difahamkan adalah yang terendah semenjak 45 hari. Kes kematian baharu di negara itu pula mencecah 3,617.
Disebabkan penularan wabak yang menakutkan ini, ramai rakyat negara itu terutama sekali mereka yang tinggal di luar bandar tampil dengan pelbagai idea kreatif untuk melindungi diri daripada COVID-19.
Memetik India.com, seorang lelaki dilaporkan telah mengambil langkah kreatif lagi inovatif dengan menukarkan motosikalnya menjadi Bubble Bike sebagai langkah untuk melindungi diri dan pelanggannya daripada virus maut itu.
Menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial Twitter, dapat dilihat lelaki terbabit telah menutupi sekeliling motosikalnya dengan plastik dan diperkukuh dengan rod besi.
#Domestic #Land_Bubble Service
Safety Measures फ़ॉर #Corona pic.twitter.com/Vo8qrJf55o
— Rupin Sharma IPS (@rupin1992) May 25, 2021
Difahamkan, lelaki dalam video terbabit menawarkan perkhidmatan pengangkutan. Selain membaluti motosikalnya dengan plastik, dia juga menambah kerusi kecil di bahagian belakang motorsikalnya itu untuk diduduki pelanggan demi memastikan ada penjarakkan sosial di antara mereka.
Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih kira-kira 3,000 tontonan. Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial kagum dengan usaha lelaki terbabit untuk melindungi dirinya daripada COVID-19.
Sumber: India.com
Baca: Krisis Covid-19 India: Sebab Terdesak, Wanita Ini Beri CPR Mulut Ke Mulut Untuk Ibu Dijangkiti Wabak