Cuaca panas di seluruh negara kini telah membuatkan ramai antara kita yang malas keluar sebab lagi selesa duduk di rumah bertemankan aircond.
Kalau keluar pun, mesti ramai yang pilih pergi tempat yang ada penyaman udara seperti pusat beli belah atau kafe supaya lebih selesa bila nak lepak kan.
Namun, seorang lelaki di China ini pula lebih extreme apabila dia memilih untuk duduk di dalam peti sejuk gara-gara cuaca panas yang mencecah suhu 39.7 darjah Celsius di Guangdong, China baru-baru ini, lapor Mothership.sg.
Video gelagat lelaki berkenaan duduk di dalam peti sejuk itu telah tular di media sosial China iaitu Weibo dan Xiaohongshu.
Dalam video berkenaan, dia dilihat telah duduk di atas bangku tempat duduk kecil yang dibawa masuk ke dalam peti sejuk berkenaan.
Dia kemudiannya duduk di dalam bahagian peti sejuk yang tidak berisi apa-apa tersebut sambil tekun melihat telefon bimbitnya.
Dia juga bukannya terperangkap di dalam peti tersebut kerana dia dilihat dapat membuka pintu peti dari dalam tanpa masalah.
Walau bagaimanapun, tak dapat dipastikan berapa lama dia duduk di dalam peti sejuk yang berisi air itu.
Cuaca di Guangdong sangat panas pada ketika itu kerana penduduk sekitarnya dinasihati untuk tidak membuat aktiviti luar rumah buat sementara waktu.
Teringat pula zaman kecik-kecik dulu, min suka bukak pintu peti ais sebab nak rasa sejuk ketika cuaca panas.
Sumber: Mothership.sg
Baca: Peka Dengan Cuaca, Guru OKU Dipuji Sediakan Balang Air Minuman Untuk Murid