in

Lelaki Dedah Kisah Warga Emas Menipu dan Ambil Kesempatan Atas Perasaan Simpati Orang Ramai

M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai cara dan taktik digunakan orang untuk menipu. Salah satunya mereka-reka cerita, malah lebih kreatif lagi apabila berlakon naif dan mengambil kesempatan di atas perasaan simpati orang lain.

Salah seorang yang pandai menipu duit dan perasaan orang lain adalah makcik ini.


M1

Pengguna Facebook bernama Evay Yih Woei mengambil gambar wanita ini secara senyap dan menceritakan bagaimana dia ditipu olehnya.

Melalui status Facebook, Woei memberitahu wanita itu bermula dengan menahan keretanya ketika baru sahaja keluar dari South City Plaza.

“Dia beritahu dia tergesa-gesa untuk untuk naik kereta api ke Ipoh.”

Sebagai seorang rakyat yang prihatin, Woei mempelawa makcik itu untuk menumpangnya dan menurunkannya di stesen KTM Serdang. Siapa tak kesian kan tengok orang tua dalam keadaan macam tu…

“Semasa di dalam perjalanan ke stesen KTM, dia berkali-kali tanya jika saya boleh menurunkannya di Mid Valley atau stesen Bandar Tasik Selatan. Kemudian dia mula menceritakan kisahnya yang tiada keluarga, belum makan sejak pagi, dia tiada satu kaki dan macam-macam lagi.

“Sebelum saya menurunkannya di KTM Serdang, saya keluarkan kesemua wang yang saya ada dalam dompet dan memberikan kepadanya atas dasar simpati.”

Menurut Woei, pada 14 Mac 2017, dia terjumpa makcik itu sekali lagi tetapi pada waktu itu kedua-dua mereka berada di dalam LRT.

Dia turut memberitahu bahawa warga emas itu memakai pakaian dan beg yang sama, malah menceritakan kisah yang sama seperti yang diceritakan kepadanya pada kali pertama mereka berjumpa. Makcik itu menggunakan cerita yang sama itu kepada orang yang duduk disebelahnya.

A 1

“Dia tidak ingat saya dan saya dengar kesemua cerita palsu yang direka olehnya sekali lagi. Jadi, saya terfikir berapa banyak kali dia mahu ke Ipoh?”

Woei kongsi bagaimana dia berasa kecewa kerana ditipu lebih RM10, tetapi lebih kecewa dengan keberanian warga emas itu memanipulasi perasaan simpati orang lain.

Selepas dikongsi di Facebook. ternyata ramai netizen yang mengenali wanita itu dan kongsi cerita bagaimana mereka juga ditipu olehnya.

Malah, seorang netizen pernah bertemu dengannya dua kali, sama seperti Woei, tetapi wanita itu tidak ingat tentangnya. Yela, ramai sangat dia tipu mana nak ingat!

Dia pernah berulang alik dari Rawang ke tempat lain. Saya membantunya sebanyak dua kali namun dia sama sekali tidak ingat saya. Dia beritahu bahawa ibunya mempunyai penyakit kanser buah pinggang dan macam-macam lagi.”

Insiden ini pernah terjadi kepada saya. Orang yang sama, cerita yang sama, payung yang sama, makcik!”

Penipuan sebeginilah yang akan buat kita mudah rasa ragu-ragu dengan mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan.

Hati-hati korang, ingat muka makcik ni!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.